“Terima Kasih Untuk Hadiah Ini Sayang,” – Sempena Hari Jadi & Anniversary, Shima Anuar Gembira Terima Rantai Berjenama Pemberian Suami

Share

Pelakon dan usahawan, Shima Anuar ada berkongsi momen saat meraikan hari jadi dan ulang tahun perkahwinan bersama suaminya, Mohd Solih Toha.

Berkongsikan momen indah tersebut menerusi Instagram pada Khamis, bintang itu dilihat teruja ketika membuka bingkisan istimewa dari suami tercinta.

Tahun ini merupakan ulang tahun perkahwinan ke-4 untuk pelakon berusia 30 tahun itu bersama suaminya.

“I’m sorry i’ve been busy lately. Thank you for your understanding. I love you with all my heart sayang. Happy 4th anniversary to us! #Since8thApril2017,” tulisnya

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menerima hadiah istimewa berupa seutas rantai berjenama daripada suaminya.

“8th April, it’s my birthday and my anniversary. Thank you for the present sayang. Imma happy girl!” tulisnya.

Bukan itu sahaja, bintang filem Highland Tower ini turut menghadiahkan sebuah telefon pintar model iPhone 12 Pro Max kepada suaminya.

Terdahulu, Shima dan suami mendirikan rumah tangga pada 8 April 2017 dan dikurniakan sepasang anak bernama Marian Sophia dan Mikhael Imaan.

Foto: Instagram Shima Anuar

IKLAN