“Terima Kasih Umie Kerana Tidak Pernah Menyingkirkan Enjem Dalam Persahabatan Walau Hampir Seluruh Warga Industri Seni…,” – Ellie Suriaty

Share

Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty ada berkongsi sedutan babak lakonannya dalam drama bersiri, Dalam Hati Ada Cinta bersama rakan artis Datin Seri Umie Aida di Instagram.

Menerusi drama yang diterbitkan pada 2003 itu, keduanya memegang peranan sebagai adik-beradik.

Sementara pada kapsyen posting tersebut, bintang ini ada memberi dedikasi terhadap Umie yang disifatkan sebagai sahabat dunia dan akhiratnya.

Malah, Ellie turut menzahirkan ucapan terima kasih atas layanan bintang berkenaan buatnya sepanjang tempoh persahabatan yang terjalin.

“My Sahabat Dunia Akhirat Umie Aida. Terima Kasih Umie kerana tidak pernah menyingkirkan enjem dalam persahabatan kita walau hampir seluruh warga Industri Seni memberi pandangan sinis terhadap enjem selama 22 bulan yang lalu.

“Thank you for your undivided support, Love, trust and faith Umie. Semoga Umie Berbahagia hingga ke Syurga ALLAH I Love you Sahabatku Umie Aida,” tulisnya.

Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat turut memberi aprisiasi seterusnya menghormati hubungan di antara mereka.

Malah ada rakan selebriti yang turut sama meninggalkan reaksi dan ada di antara komen yang diberikan mendapat respon Ellie. Umie dilihat turut sama membalas ucapan tersebut.

Foto: Instagram Ellie Suriaty

IKLAN