“Terima Kasih Sheila Rusly Bagi Peluang Bawa Watak Zulaikha,” – Drama Penjara Janji Labuhkan Tirai, Zulin Aziz Seronok Jaya Watak Serius

Share

Drama bersiri Penjara Janji yang bersiaran di slot Samarinda TV3 akhirnya telah pun melabuhkan tirai pada Rabu.

Lalu, pelakon Zulin Aziz yang mendukung watak Zulaikha menerusi drama berkenaan ada menitipkan ucapan terima kasih kepada semua penonton yang telah menonton drama tersebut.

Di samping itu, Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz ada menitipkan ucapan terima kasih kepada penerbit terkenal, Sheila Rusly yang telah menerbitkan drama berkenaan.

Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun ini meluahkan rasa seronok apabila diberikan peluang untuk berlakon dalam drama yang memaparkan nilai kasih sayang dan kekeluargaan ini.

“Alhamdulillah maka tamat sudahlah drama Penjara Janji. Mek nak balik siam pun kena PKP ni.

“Terima kasih @sheilarusly_jspictures @jinggo_jspictures bagi peluang saya bawak watak Zulaika. Jarang saya dapat watak serious. Pengalaman bekerja dengan JS pictures sangat best.

“Terima kasih semua yang menonton.
Semoga JS pictures terus hasilkan drama yang mempunyai mesej seperti ini. Akhir kata,salam PKP #penjarajanji #jspictures,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Selain Zulin, drama ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Alif Satar, Azira Syafinaz, Fauzi Nawawi dan ramai lagi.

Drama arahan Azman Haji Yahya ini telah bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.

Foto: Instagram Zulin Aziz

IKLAN