“Terima Kasih Selalu Mendoakan Anakmu,” – Ikhlas Kongsi Rezeki, Janna Nick Hadiahkan Ibu Kereta Lagi

Share

Pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick telah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada ibu tercinta yang dikenali sebagai Shasha atau Mama Sha.

Bintang drama bersiri Marry Me Senorita itu berkongsi kegembiraan bersama peminat di Instagram.

Di samping berkongsi sekeping foto saling berdakapan, bintang berusia 26 tahun ini meluahkan rasa sayang terhadap ibunya.

“Mama got her new car! Ingat kan 2018 I pernah bagi mama hadiah Kereta jugak.

“This time tukar lain sebab last time I surprise kereta tapi bukan mama yang pilih.

“Tu pilihan i sendiri So lesson learned. Nak beli hadiah better bawak orang tu pilih sendiri.

Jangan pandai pandai pilih kan dengan niat nak surprise.

“Terima kasih selalu mendoakan anakmu, I love you so much @mamascha_,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.

Link posting

Terdahulu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner pernah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada ibunya bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-44, pada tahun 2018.

Foto: Instagram Janna Nick

IKLAN