“Terima Kasih Sebab Jadi Isteri Yang Baik,” – Kasih Tiada Hujungnya, Ini Ucapan Bersemut Zaquan Adha Sempena Hari Jadi Isteri, Ayu Raudhah

Share

Hari ini genap ulang tahun kelahiran pelakon Ayu Raudhah yang ke-34 tahun.

Lantas, suaminya Mohd Zaquan Adha telah memberi ucapakan istimewa buat isteri tercinta menerusi akaun Instagram miliknya.

“Happy birthday my lovely wife..Terima kasih kerana menjadi menjadi isteri yang baik dan sentiasa ada di belakang I.

Susah senang I hanya you je tahu..I doakan semoga you dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan semoga you bahagia dunia akhirat..Love you sayang,” tulis Zaquan.

Foto tersebut melihatkan Ayu dan Zaquan sedang menikmati makan malam bersama di sebuah restoran.

Susulan itu, netizen turut memberi ucapan buat ibu kepada tiga orang cahaya mata itu dan turut  mendoakan kebahagian mereka sekeluarga.

Zaquan dan Ayu berkahwin pada Januari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann dan Laura Zuleykha.

Apa-apa pun, MH ucapakan selamat hari lahir buat Ayu, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Foto : Instagram Zaquan Adha

IKLAN