Tidak dinafikan, Youtuber Syahmi Sazli bersama dua pelakon istimewanya, iaitu Asif dan Yoe Parey kian menjadi sebutan ramai sekali gus menjadi sensasi terbaru media sosial dek gelagat humor mereka menerusi barisan drama spontan yang dilakonkan.

“Terima Kasih Peminat, Happy…,” – Asif & Yoe Parey Masuk Meletop, ‘Live’ Buat Penonton Berdekah Gelak, Cuit Hati!

Terkini, Drama Spontan Episod 12 menerusi tajuk Ashrul Atau Ashley? Sudah pun mendapat tontonan hampir 4 juta tontonan kurang dari tiga hari ia dimuat naik menerusi YouTube.

Sekali gus, ia menjadi trending nombor satu hingga membawa MeleTop untuk mengundang ketiga mereka untuk berkongsi pengalaman terlibat di dalam Drama Spontan, baru-baru ini.

Syahmi atau nama sebenarnya, Muhammad Syahmi Sazli mengakui jalan cerita yang dilakukan adalah secara spontan.

IKLAN

“Memang akan terus shooting, cuma ia (jalan cerita) akan dipantau oleh pelakon lain juga,” katanya yang turut menjelaskan beberapa pelakon wanita yang turut sama terlibat tidak mengenali Asif dan Yoe secara langsung.

Sebaliknya, mereka isi masa dengan keluar makan terlebih dahulu untuk berkenalan demi mencari keserasian.

Pada masa sama, keduanya turut mengucapkan terima kasih atas sambutan luar biasa yang diterima.

IKLAN

“Terima Kasih Peminat, Happy…,” – Asif & Yoe Parey Masuk Meletop, ‘Live’ Buat Penonton Berdekah Gelak, Cuit Hati!

Memetik Sinar Harian, Syahmi sebelum ini ada memberitahu, dia dan sepupunya, Muhammad Asyiff Suhaimi, 17, atau Asif dan rakan mereka, Muhammad Ashrul Hakim Lukman, 21, terkejut apabila trofi YouTube Gold Play Button pertengahan Ogos lalu.

Trofi tersebut dimenangi beliau selepas berjaya memiliki jumlah ‘subscribers’ seramai 1 juta dan telah dipos oleh pihak ibu pejabat Google dari United Kingdom.

IKLAN

“Pada mulanya tak percaya saya berjaya memenangi trofi tersebut. Namun rasa bersyukur sangat sebab trofi ini memang menjadi idaman setiap ‘youtuber’ atau ‘video creator’.

“Alhamdulillah, ia hasil titik peluh selama tiga tahun, apa yang dilakukan adalah untuk semua penyokong kami,” katanya seperti yang dipetik.

Terdahulu, Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang menggantikan Neelofa turut berkongsi foto yang dirakam bersama menerusi laman Instagram masing-masing.

Foto: Instagram Syahmi Sazli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI