“Terima Kasih Pak Nil Kerana Mengajar…”- Nabil Ahmad Imbau Kenangan Di Oscar, Ini Balas Datuk Aznil Nawawi

Share

Pengacara Nabil Ahmad telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya. 

Nabil telah mengimbau kembali kenangan ketika dia berpeluang untuk menemu bual selebriti antarabangsa di Oscar. 

“Antara Kenangan paling manis sepanjang bergelar anak seni, dapat menemubual artis artis Antarabangsa, Oscar.”

“Terima kasih Paknil @aznilnawawihm yg banyak mengajar. To kak @zacmalek love you for giving me a chance to be part of it” tulisnya. 

Pengacara yang berusia 35 tahun itu juga telah mengucapan ucapan terima kasih kepada Pak Nil yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada Nabil. 

Lantas, ucapan Nabil itu telah dibalas oleh Pak Nil.

Rata-rata netizen memuji Nabil yang sentiasa merendah diri dan turut mendoakan Nabil semoga sentiasa sukses. 

Foto : Instagram Nabil Ahmad

IKLAN