Pendakwah bebas Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, menyifatkan isterinya yang juga selebriti popular, Noor Neelofa sebagai figura terpenting dalam hidupnya.
Bersempena ulang tahun Neelofa yang ke-35 hari ini, PU Riz memberikan kata-kata penuh romantis buat isterinya itu.
Menjadikan kenangan bersama sebagai sesuatu yang indah, PU Riz turut menghargai akan pengorbanan hos program Next To Neelofa itu sebagai isteri dan ibu kepada dua anak.
“Antara insan terpenting dalam hidupku. Kuujarkan di sini, buat kenangan sepanjang 12 purnama.
“Beberapa tahun kebelakangan ini antara saksi mata ini melihat keikhlasan pengorbanan sang isteri.
“Daripada tanggungjawab sehinggalah jagaan anak-anak, dikaulah antara yang terhebat terpahat di hati, dan disyukuri setiap saatku melaluinya,” luahnya.
Ads
Dedikasi tersebut dititipkan PU Riz menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, pada Jumaat.
“Februari bertarikh 10 hari bulan, bukan sahaja tarikh penting buat dirimu akan tetapi kesyukuran buatku.
“Syukurnya Tuhan zahirkan insan solehah bersama melayari bahtera rumah tangga.
Ads
“Tidaklah ku harapkan apa-apa darimu cuma secebis doa cinta dan kasih sayang. Terima kasih melahirkan anak-anak kita.
“Memiliki ibu sepertimu adalah satu keuntungan buat mereka,” kongsinya lagi.
Ads
Malah, Neelofa turut memuat naik semula hantaran suaminya itu di Insta Stories yang dengan disertakan ucapan terima kasih.
“Terima kasih atas ucapan yang manis dan indah sayang” balas Neelofa.
Untuk rekod, Haris mendirikan rumah tangga dengan Neelofa pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas yang kini berusia tujuh bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Raja Ilya yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-37, hari ini mendedahkan anak pertamanya, Talita sepatutnya berkongsi tarikh lahir yang sama.
Dia bagaimanapun tetap bersyukur apabila bersalin lebih awal 11 hari daripada tarikh jangkaan.
“My greatest birthday present of the year is my baby. We all born in the same month @talitalovegarrett 1st July. Myself 11 July. @trentengarrett 17 July.
“Today is my 37 birthday, Baby talita supposedly due on my birthday, but I’m glad she came early otherwise we have to share our birthday,” kongsinya.
Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad mendedahkan perkara itu menerusi satu perkongsian terkininya di Instagram.
Dia pada masa sama turut memberikan ucapan ‘sweet’ kepada suami, Trent Garrett.
“I’ve spend the most incredible 11 days being a mother and I love every beat of it. Ini birthday yang paling special untuk Ilya. My greatest gift @talitalovegarrett.
“Thank you husband @trentengarrett for this amazing gift, thank you for your endless love even someday muka koyak pun you still love me the same. Happy Birthday to all July babies.
“Thank you friends, followers and fans for all the beautiful wishes. Love y’all,” tulisnya lagi.
Terdahulu, bintang cantik itu yang kini menetap di Australia mendirikan rumah tangga bersama Trent Garrett pada Disember 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila secara spontan menyanyikan lagu Bukan Lagi Kita, nyanyian asal Nadeera Zaini.
Menerusi sepotong video pendek, momen tersebut mendapat pujian ramai di media sosial yang rata-ratanya terpesona dengan vokal lemak merdu penyanyi tersohor tanah air itu.
Ramai Memuji
“All the best Nadeera untuk Anugerah Juara Lagu (AJL39). ‘Tergamak’ suruh kak Iti nyanyi, ‘tergamak’ Hael buat lagu ni ya,” usik Siti di hujung rakaman.
Momen tersebut terlebih dulu dikongsikan oleh penyanyi dan komposer, Hael Husaini menerusi akaun TikTok miliknya, pada Selasa.
Bakal Berentap Di AJL39
Di dalam video sama, Nadeera yang berada di sebelah Siti dilihat tersenyum sambil sama-sama menyanyi, teruja mendengar lagunya dinyanyikan secara spontan oleh idola ramai itu.
Lagu ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh itu bakal bersaing bersama sembilan karya lain ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39, 16 Februari ini.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun menerima lebih 650,000 kali tontonan menerusi platform TikTok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana teruja apabila dia muncul sebagai antara model yang melewati pentas peragaan bersama anak perempuannya, Sumayyah buat pertama kali.
Tampil sedondon mengenakan persalinan merah jambu fuschia, keduanya tampil mempersona dengan koleksi Lady Bug dan LOM daripada Trishya & Co bernilai RM150,000.
Menurut Puteri Sarah, dia sememangnya penggemar barangan kemas dan mula mengumpulnya sejak mula melangkah ke alam pekerjaan.
“Saya memang suka emas dan ia salah satu pelaburan yang buat sejak remaja lagi. Namun begitu saya lebih tertarik pada rekaan yang moden yang boleh disuai padan dan rekaan Trishya & Co ini terutamanya LOM sangat menepati cita rasa saya.
“Saya juga buat pelaburan emas untuk Sumayyah kerana harga emas sentiasa meningkat, mungkin apabila Sumayyah sudah besar nanti harga emas waktu itu sangat mahal.
“Jenama Trishya & Co ini boleh pergi jauh dan saya berharap iamenjadi viral sebagaimana koleksi barangan kemas yang saya pernah pakai sebelum ini sehingga diberi jolokan emas PSL,” katanya.
Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui Majlis Pelancaran Trishya & Co Opulent di TDOX Clinic at EQ, Hotel Equatorial, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Berkongsi kisah yang diingati apabila bercerita mengenai emas, ibu kepada dua cahaya mata ini akui gelang lipan yang dipakai pernah Sumayyah hilang.
“Gelang lipan dipakai Sumayyah hilang, menangis saya. Kumpul duit dan bila sudah ada rezeki beli baru balik. Saya pun tak pasti bagaimana ia boleh hilang, cuma ketika itu Hari Raya.
“Harga gelang bentuk itu untuk budak sekitar RM7,000 ke RM8,000. Lepas tiga hari baru sedar hilang. Iyalah sebelum ini kita ingat ia akan ada sahaja dekat tangan dia. Bila tersedar dan tanya, Sumayyah pun tak tahu.
“Saya anggap tak ada rezeki. Cuma sekarang saya lebih berhati-hatilah. Pakai barang kemas bila perlu sahaja,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengasas Bersama Trishya & Co, Datin Dr Raskidah Ali, 56,berkata, pihaknya amat teruja dan sudah bersedia berkongsi keunikan rekaan barangan kemas jenama ini di peringkat antabarangsa.
“Kami di Trishya & Co amat berbesar hati menerima undangan ini yang diperkenalkan oleh sahabat saya juga merupakan peminat LOM. Kami berharap penyertaan ke pameran fesyen terbesar di London itu nanti dapat mengangkat jenama lokal setaraf produk antarabangsa.
“Melalui Trishya & Co, kami bukan sahaja menghasilkan rekaan barangan kemas untuk wanita dan aksesori lelaki yang berkualiti tinggi, malah mensasarkan janaan ekonomi negara dengan menampilkan rekaan bercirikan Malaysia yang boleh dijadikan kenang-kenangan buat pelancong yang berkunjung ke negara ini,” katanya.
Pengasas Trishya & Co, Nayli Batrishya Norbik Bashah, 18, pula menambah, dia terinspirasi dengan sebuah jenama terkenal yang popular dengan koleksi loket pesona atau charms, yang mana setiap cawangannya di seluruh dunia menampilkan rekaansinonim dengan imej sesebuah negara.
“Setiap kali melancong, saya lebih tertarik membeli aksesori wanita seperti gelang, loket, cincin, rantai dan anting-anting, kebiasaannya akan singgah membeli charms di butik barangan kemas terkenal sebagai ole-ole untuk diri sendiri. Cuma kebanyakan koleksi charms dibutik berkenaan diperbuat daripada perak dan emas putih.
“Jadi saya terfikir, kenapa tidak Trishya & Co mengkomersilkan identiti Malaysia melalui rekaan emas 916 yang semua tahu emas adalah satu pelaburan yang baik. Disinilah bermulanya idea menghasilkan koleksi Links of Malaysia atau LOM.
“Untuk menarik minat golongan muda seusia saya pastinya reka bentuk yang unik, muda dan trendy menjadi asas. Pada masa yang sama, saya mahu educate remaja melakukan pelaburan emas, daripada membeli sesuatu yang tidak memberi keuntungan,” katanya.
Ujarnya lagi, pelan simpanan emas secara bijak ditawarkan serendah RM200 dalam tempoh enam hingga 12 bulan, kemudian pembeli boleh menuntut koleksi emas yang ditempah di Trishya & Co.
Bagi yang berminat memiliki barangan kemas jenama ini, boleh mendapatkannya dari ejen yang sah atau berkunjung ke dua cawangannya di Johor Bahru dan Taman Sri Rampai Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pengarah Azharina Entertainment, Azharina Azhar telah dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di...