“Terima Kasih Kerana Mendidik Suami Ila Jadi Macam Ayah,” – Bapa Mertua Sheila Rusly Meninggal Dunia

Share

Pengacara dan penerbit terkenal, Sheila Rusly ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan, hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu telah memaklumkan berita sedih mengenai bapa kepada suaminya, Azman Yahya atau lebih sinonim disapa Jinggo telah meninggal dunia.

“1934-2020 Innalillahiwainnaillahirojiun

Selamat Tinggal Ayah.

“Terima kasih kerana mendidik suami ila jadi macam Ayah. #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat turut memberi ucapan salam takziah kepada Sheila.

Sekadar informasi, Sheila telah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Jinggo atau nama sebenarnya Azman Hj. Yahya dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Foto: Instagram Sheila Rusly

IKLAN