“Terima Kasih Jaga Diri Ini Seadanya,”- Ucapan Norman Hakim Dari Tanah Suci Sempena Birthday Isteri, Memey!

Share

Meski pelakon Norman Hakim kini berada di tanah suci Mekah, namun dia tidak lupa untuk menitip ucapan hari jadi buat isteri tercinta, Memey Suhaiza.

Norman juga ada berkongsi video di Instagramnya yang melihatkan dia memberi kejutan hari jadi Memey yang telah dilakukan awal 10 hari.

“ANAH HELWAH Selamat Ulangtahun Kelahiran sayangku mummy @memeysuhaiza ❤…from Makkah Al-Mukarramah with love..

“Terima kasih Allah s.w.t dengan izinMu lahirnya insan comel ini 31 tahun yg lepas, yg hari ini dengan izinMu bergelar Isteri & Mummy kepada anak2ku..

“Mohon doakan segala kebaikan buat Suhaiza Binti Suhaimi ye sahabat2ku semua…Semoga Allah s.w.t merahmati & melindungi dirinya utk terus berbakti buat dirinya,ibubapanya,suaminya,anak2nya dan keluarga tersayang disekelilingnya…

“And deep from the bottom of my sincere heart..semoga Allah s.w.t limpahkan segala kasih sayang,rahmat,perlindungan & kebaikan sempena Ulangtahun kelahiran Masihi sayang pada hari ini…ampun maaf dari Abang andai ada salah & khilaf sepanjang menjadi Imam dalam membimbing sayang ke Jannah..terima kasih menerima diri ini seadanya sepanjang menjagamu sayangku,” tulis Norman. 

Video yang berlatarbelakangkan lagu Saat Bahagia nyanyian Ippo Hafiz itu telah dimuat naik Norman yang ketika ini berada di Mekah.

Terdahulu, Memey dan Abby Abadi telah meraikan ulang tahun hari jadi anak teruna yang ke-16, Danish Hakim semalam.

Foto/ Video : IG Norman Hakim, Memey Suhaiza.

IKLAN