Setelah sekian lama menyepi berikutan kontroversi yang melanda dirinya dan suami, akhirnya, selebriti popular Indonesia, Nia Ramadhani memuat naik foto terkini bersama keluarga ketika sedang bercuti di Disneyland California, Amerika Syarikat.

Menurut Nia, dia sememangnya bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk kembali kepangkuan anak-anak dan ibu bapa tercinta.

Katanya lagi, dia dan suami telah banyak belajar daripada kesilapan lampau dan akan berusaha menjadi insan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Terima Kasih Jadi Manusia Yang Tak Sombong,” – Kongsi Foto Bercuti Di Amerika, Nia Ramadhani Ambil Pengajaran Isu Dadah “Terima Kasih Jadi Manusia Yang Tak Sombong,” – Kongsi Foto Bercuti Di Amerika, Nia Ramadhani Ambil Pengajaran Isu Dadah

“Bersyukur sudah boleh bercuti bersama anak-anak dan keluarga setelah melewati pengajaran terbesa dalam kehidupan.

“Terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan doa. Apapun yang terjadi dalam hidup kita,semuanya dengan izin Allah.

IKLAN

“Alhamdulillah, hikmah daripada kejadian yang saya dan suami alami, sudah kami rasa dan hadapi,” tulisnya.

Dalam pada tu, pelakon yang terkenal menerusi drama, Bawang Putih Bawang Merah itu turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan menitipkan doa buat dia sekeluarga.

“Terima Kasih Jadi Manusia Yang Tak Sombong,” – Kongsi Foto Bercuti Di Amerika, Nia Ramadhani Ambil Pengajaran Isu Dadah “Terima Kasih Jadi Manusia Yang Tak Sombong,” – Kongsi Foto Bercuti Di Amerika, Nia Ramadhani Ambil Pengajaran Isu Dadah “Terima Kasih Jadi Manusia Yang Tak Sombong,” – Kongsi Foto Bercuti Di Amerika, Nia Ramadhani Ambil Pengajaran Isu Dadah“InsyaAllah di masa hadapan keperibadian kami akan menjadi lebih baik lagi. Terima kasih kepada anda semua yang mempunyai pemikiran yang terbuka.

IKLAN

“Terima kasih kerana sudah menjadi manusia yang tidak sombong yang merasakan boleh menilai kehidupan orang lain hanya dengan melihat daripada luarannya,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti Indonesia turut tumpang gembira selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Nia dan suami.

Terdahulu, pada Julai 2021, Nia dan suaminya, Ardi Bakrie ditahan di kediaman mereka di Jakarta Pusat dengan syabu seberat 0.78 gram turut ditemui. Dalam serbuan itu, polis menemui alat dipercayai digunaka untuk menghisap syabu.

IKLAN

“Terima Kasih Jadi Manusia Yang Tak Sombong,” – Kongsi Foto Bercuti Di Amerika, Nia Ramadhani Ambil Pengajaran Isu Dadah “Terima Kasih Jadi Manusia Yang Tak Sombong,” – Kongsi Foto Bercuti Di Amerika, Nia Ramadhani Ambil Pengajaran Isu Dadah “Terima Kasih Jadi Manusia Yang Tak Sombong,” – Kongsi Foto Bercuti Di Amerika, Nia Ramadhani Ambil Pengajaran Isu Dadah

Mengikut laporan, Nia mengakui mengambil bahan terlarang kerana tekanan kerja.

Selepas perbicaraan di mahkamah, Nia dan suami diperintahkan untuk menjalani sesi pemulihan selama lapan bulan di Fan Campus, Bogor.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nia Ramadhani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI