“Terima Kasih Dato Nash Yang Memimpin Bacaan Yasin…,” – Shah Rezza Kongsi Foto Di Samping Jenazah Allahyarham Dahlan Zainuddin

Share

Awal malam tadi, usahawan dan pelakon senior, Shah Rezza ada menitipkan dedikasi terakhir buat Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 9.48 malam tadi.

Bintang terkenal era 70-an itu meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor.

Lalu, pemergian Allahyarham turut dirasai peminat termasuk rakan selebriti seperti Shah Rezza.

Menerusi Instagram, pelakon Kolej 56 itu ada berkongsi sekeping fotonya bersama penyanyi Nash yang sedang sedekahkan yassin di samping jenazah Allahyarham.

“Al Fatihah buat Allahyarham Dato Dahlan Zainuddin Yang telah pergi meninggal kan kita Malam tadi. Terimakasih Dato Nash Yang memimpin Bacaan Yasiiin di Mesjid Bangsar.

“Bagi Adek Adek Yang kurang mengenali, Allahyarham adalah seorang Superstar dari Pertamdingan Bintang RTM dan tee kenal dengan Lagu evergreen ‘Kisah Seorang Biduan’ , Joget Kaki Lima dan banyak Lagi. Semuga Allah mencucuri Rahmat ke Atas Rohnya… Aamiiinn,” tulisnya.

Lalu di ruangan komen, kebanyakannya turut menyampaikan ucapan takziah serta sedekahkan Al-Fatihah.

Terdahulu memetik Berita Harian Online, arwah dilaporkan meninggal dunia selepas empat hari koma dan keluarga turut berada di samping arwah hingga nafasnya yang terakhir.

“Allahyarham pergi di hadapan saya dan anak-anak. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, selepas solat zohor, hari ni,” katanya seperti yang dipetik BH Online.

Allahyarham meninggalkan tiga anak iaitu Natasha Idha, Mohd Danial dan Nur Athinia Ines.

Sebelum ini, media melaporkan penyanyi yang hits menerusi lagu Kisah Seorang Biduan itu, koma selepas diserang angin ahmar, Sabtu lalu.

Foto: Instagram Shahrezza, Carian Google

IKLAN