Tanggal 30 Mac merupakan tarikh yang sangat bermakna buat pasangan pelakon, Aidil Aziz dan juga Fasha Sandha.
Masakan tidak, tarikh keramat ini merupakan hari di mana mereka telah disatukan genap dua tahun yang lalu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Aidil dilihat ada menitipkan ucapan istimewa buat isterinya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka itu.
Jelas Aidil, dia berasa sangat bersyukur telah dikurniakan isteri sebaik Fasha sebagai teman hidupnya.
“Happy Anniversary Isteri. 30 Mac 2019 – 30 Mac 2021. Terima kasih cinta untuk segalanya
Ads
“Semoga kita akan terus bahagia dan bersama sampai bila bila. Syukur Ya Allah, Kau berikan aku wanita yang bernama Fasha Sandha Bt Hassan sebagai peneman hidupku,” tulisnya.
Malah, pelakon drama, Seindah Tujuh Warna Pelangi ini turut berharapa agar perkahwinan mereka akan berkekalan sampai bila-bila.
Dalam pada itu, Aidil turut memanjatkan doa agar keluarganya sentiasa dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.
Ads
“Berikanlah kami rezeki anak-anak yang soleh dan solehah, kesihatan yang baik serta kebahagiaan dunia akhirat.
“Terima kasih juga kepada keluarga mertua,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa gembira selain turut menitipkan doa semoga segala urusan Aidil sekeluarga akan dipermudahkan.
Ads
Terdahulu, Aidil dan Fasha telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 30 Mac 2018 di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, Perlis.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Aisha Amaira yang lahir pada 7 Ogos tahun lalu.
Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli pada 27 April 2012, namun berpisah pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, Fasha dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 8, dan Putri Raysha Jemyma, 7.
Sumber: Instagram Aidil Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Komen pesimis yang dilemparkan kepada penyanyi, pelakon dan usahawan Tya Arifin membabitkan jamu keluarannya, Mutyara mendapat maklum balas negatif dalam kalangan warganet.
Ini kerana, rata-ratanya tidak bersetuju dengan komen yang ditulis selain menyifatkan ia tindakan sengaja untuk menjatuhkan mencemarkan imej jenama bisnes Tya.
Malah pelakon Anna Jobling yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus misalnya, turut menolak komen berkenaan yang dianggap sebagai sengaja mahu menutup periuk nasi orang.
Anna, 22, atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman berkata, dia antara pengguna yang sudah merasai sendiri jamu itu.
“Baru-baru ini saya baca artikel yang cakap jamu Mutyara ini pahit. Tapi, sebenarnya yang cakap macam itu tak pernah cuba. Sebenarnya saya dah cuba dan tak pahit langsung. Tapi tak tahu kenapa orang cakap macam itu sebab rasanya manis.
“Rasa manisnya bukanlah manis buatan, tapi manis daripada bahannya seperti kurma, madu, delima dan habatus sauda. Rasanya sangat bagus dan tak pahit langsung. Sebelum nak komen, cuba dulu. Tak baik tutup periuk nasi orang,” katanya dalam hantaran video dimuat naik di Instagram.
Dalam masa sama, Anna menasihati pengguna laman sosial agar lebih berhati-hati sebelum menulis komen mereka.
“Sebelum nak ‘judge’ atau nak hentam barang orang cuba dulu dan baru komen. Saya harap Kak Tya kuat dan buang semua perkara negatif daripada fikiran,” katanya.
Hantaran dimuat naik Anna itu turut mendapat respons daripada Tya yang juga isteri kepada usahawan, Asyraf Khalid.
“Terima kasih Anna sayang,” tulis Tya.
Susulan itu, Tya mengambil keputusan untuk memberikan 10,000 pek percuma untuk Trial Mutyara. Sesiapa yang ingin mencuba boleh tebus menerusi laman web rasmi mereka.
Perkongsian video Anna itu sehingga kini sudah mencecah hampir 400,000 tontonan bersama ratusan komen yang ditinggalkan pengguna Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan penyanyi yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama, Ernie Zakri dan Syamel telah diundang untuk menjadi tetamu jemputan Carta Suria Top 40 di radio Suria FM pada Sabtu lalu.
Di samping menceritakan perkembangan terkini selepas berkahwin, Ernie turut mendedahkan detik awal percintaan bersama Syamel yang bermula sekitar tahun 2016.
Menurut Ernie, keperibadian Syamel yang lemah lembut dan sopan santun telah membuatkan dirinya jatuh cinta dengan jejaka berusia 27 tahun itu.
“Detik percintaan bermula sekitar pada tahun 2016. Sebenarnya mula-mula saya tak berapa suka dia sebab saya nampak dia macam poyo. Tapi itulah, bak kata orang tak kenal maka tak cinta.
“Selepas saya dah mula berborak dengan dia, saya rasa dia ni seorang yang lemah-lembut. Cakap pun lembut. Saya ni pula pantang kalau orang cakap lembut lembut ni, saya jadi jatuh cinta.
“Akhirnya, saya sendiri yang beritahu dia yang saya suka dia. Nampak saya ni macam gelojoh kan?,” katanya.
Tanggal 12 Jun 2019 menjadi detik bersejarah buat pelakon,Khir Rahman apabila bapa kesayangan, Datuk A Rahman Hassan menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.
Mahu mengabadikan momen indah bersama, Khir atau nama lengkapnya Khairulizam telah memuat naik video bapanya di Instagram.
“Antara yg pernah saya jadikan story di IG.
“Arwah abah ketawa sendiri melihat telefon.. Ntah apa yg menggelikan hatinya.
“Izinkan saya abadikan disini.Hujung minggu andai tak punya kerja, memang mudah sangat teringat pada arwah,” tulisnya.
Menerusi video hitam-putih itu, arwah yang juga penyanyi popular era 1960-an, tersenyum sendirian sambil matanya menatap telefon bimbit.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton hampir 20,000 tontonan.
Terdahulu, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun di Hospital Ampang akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Keramat,Kuala Lumpur.
Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fadilah Mansor dan dua anak iaitu Khir Rahman dan Khairulazmi.
Anak kedua arwah, Allahyarham Khairul Ilmi meninggal dunia pada 2016 akibat kanser.
Video/Foto : Instagram Khir Rahman,Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas berkongsi mengenai keadaan matanya yang lebam pada pagi Isnin, pelakon Zahnita Wilson akhirnya mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.