“Terima Kasih Buat Saya Bahagia,” – Atikah Suhaime Tenang Di Sisi Kekasih, Datuk Lukman Teh

Share

Pelakon asal Singapura, Atikah Suhaime berkongsi foto bersama kekasihnya iaitu seorang ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh bersempena dengan ulang tahun kelahirannya, semalam.

Atikah turut menitip ucapan istimewa buat lelaki berusia 31 tahun itu agar hubungan mereka sentiasa bahagia. 

“Happy Bday to you, my love! Terima kasih buat saya bahagia. To many happy years to come.

“Keep protecting and supporting each other. To focus bringing out the best from each other.

“Saya berharap you mendapat pencapaian yang hebat dalam tahun-tahun akan datang and hopefully less dinosaur memories. btway, he’s 31, not 46 as claimed by the media,” tulisnya.

Menerusi foto tersebut, rata-rata mendoakan kebahagiaan buat pasangan itu. 

 Sementara itu, Lokman turut berkongsi beberapa keping foto bersama pelakon wanita tu. 

Sebelum ini, Atikah atau nama penuhnya, Nur Atikah Mohd Suhaime mengikat tali pertunangan bersama penyanyi dan komposer, Awie Rafael sebelum hubungan itu putus pada 14 Mac 2019.

 Foto : Instagram Atikah Suhaime, Lokman Teh

IKLAN