“Terima Kasih Buat Isteri Pertamaku Yang Sentiasa Tabah Dan…,” – Da’i Farhan Nikah Ibu Tunggal Anak 8 Di Tanah Suci

Share

Juara program Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad atau lebih sinonim dengan panggilan Da’i Farhan ada berkongsi beberapa keping foto yang mengundang perhatian ramai.

Menerusi foto yang dimuat naik menerusi Instagram itu, Farhan ada mendedahkan dirinya sudah berkahwin dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal sebagai isteri keduanya.

Malah, penceramah berusia 29 tahun itu turut mengucapkan terima kasih buat isteri pertama yang tabah dan kuat semangat dengan hakikat tersebut.

“Daku tak mencari dia, dia tak mencari daku..Allah yg pertemukan kami disisi Baitullah, dibawah payungan langit Kaabah..di Tanah Suci jgk kami disatukan dgn ikatan pernikahan.

”Amanah buat ku utk mendidik dan menjaga isteri kedua ku ini bersama 8 orang anaknya yg baik hati semuanya.

”Terima kasih buat isteri pertama ku yg sentiasa tabah & kuat semangat dgn hakikat ini..moga segalanya dlm redha & rahmat ilahi..aamiin..mohon semua doakan yg terbaik utk ustaz & amanah yg Allah berikan pd ustaz ini..fii amanillah,” tulisnya.

Bagaimanapun menerusi ruangan komen, para pengguna media sosial ada meninggalkan reaksi pelbagai terhadap perkongsian berkenaan.

Namun, tidak kurang yang mengucapkan tahniah atas bahtera perkahwinan yang dibina.

Da’i Farhan yang bersal dari Tanah Merah, Kelantan menjadi juara dalam pertandingan Da’i musim kedua yang bersiaran di TV3 lebih lima tahun lalu.

Foto: Instagram Da’i Farhan

IKLAN