“Terima Kasih Banyak,” – Comelnya Kek Hari Jadi Pereka Fesyen Rizman Nordin, Pemberian Istimewa Dari Fazura!

Share

Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin telah pun menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-36.

Malah, Rizman turut berkongsi beberapa foto sekitar majlis sambutan hari jadi di Instagram.

Turut kelihatan di dalam gambar ialah isterinya, Nurida Suraya yang kini sedang hamil anak pertama mereka.

Antara yang mencuri tumpuan di dalam lampiran gambar yang dikongsi termasuk sebiji kek comel pemberian Fazura yang turut dihiasi bentuk patung yang dilakar iras Rizman.

Sambil mengucapkan terima kasih atas hadiah tersebut, Rizman turut menitipkan rasa sayang buat permaisuri hati Fattah Amin itu.

“LOVE with my birthday cake! Thank you so much my twinnie @missfazura for this. Amazing cake! Sho sho cute! Love,” tulisnya.

Serentak dengan perkongsian berkenaan, rakan selebriti turut menitipkan dedikasi sama buat Rizman.

Terdahulu, Fazura ada memuat naik foto ‘throwback’ bersama Rizman sambil melayangkan ucapan hari jadi buat teman baiknya itu.

Foto: Instagram Rizman Nordin

IKLAN