“Terima Kasih Atas Pinjaman Abah Kepada Kami,” – Bapa Asfan Shah Meinggal Dunia

Share

Bapa kepada penyanyi, Asfan Shah, Shah Rudin Mohd Mohd Noor telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Jumaat sekitar jam 6 pagi.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Asfan menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.

“Abah telah pergi mengadap Maha Pencipta. Ya Allah terima kasih atas pinjaman abah kepada kami,” tulisnya.

Menerusi entri berasingan, penyanyi lagu Sumpah Cintaku ini memaklumkan bapanya telah pun selamat dikebumikan selepas solat Jumaat.

“Alhamdulillah selesai semua pengurusan untuk arwah abah selepas Solat Jumaat tadi. Jazakallah Guru YM @maulana_helmi78 dan semua sahabat yang hadir semua saudara mara yang hadir dan panjatkan doa untuk kami.

“InsyaAllah Allah membalas jasa kalian.
Rindu Abah,” kongsinya lagi.

Antara selebriti yang turut hadir ketika majlis pengebumian termasuklah penyanyi, Tomok, Lah Ahmad dan Sharul Kamal.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa dukacita selain turut menitipkan doa semoga Asfan sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Sebelum ini, Asfan pernah memaklumkan bapanya itu telah mengidap tumor di bahagian paru-paru dan sering keluar masuk hospital.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Asfan Shah

IKLAN