Abby Abadi ada berkongsi video pendek yang merakamkan jenazah bayinya, Muhammad Danial Firman dikafan sebelum disemadikan.
Allahyarham Muhammad Danial atau lebih sinonim dipanggil Baby D dilapor meninggal dunia pada usia 72 hari selepas lebih dua bulan dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Arwah dilahirkan secara pembedahan pada 27 September lalu ketika kandungan Abby mencecah hampir enam bulan selepas mengalami turun darah berikutan tekanan darah tinggi.
“Ada kelahiran, pasti ada kematian. Ada permulaan pasti ada pengakhiran.
”Tiada yang kekal. Semua akan kembali kepada DIA. Mama & Abah @jaiezzany redha.
”Terima Kasih ALLAH, membahagiakan kami dgn kelahiran ini. Pinjamkan kepada kami
Muhammad Danial Firman Faizal, walaupun cuma 72hari.
Ads
”Semoga anak2 kami, Muhammad Danial Firman Faizal dan Muhammad Firdaus Faizal sebelum ini menjadi saham kami di “sana” nanti,” tulis Abby panjang lebar menerusi entri terkininya di Instagram.
Untuk rekod, Abby dan suaminya, Faizal Zakaria mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dan turut mengambil dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia.
Ads
Hasil perkahwinan terdahulu pula, Abby turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.
Terdahulu Abby menerusi Instagram turut memaklumkan jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, selepas Subuh.
Foto: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan ada berkongsi keping fotonya bersama suami, pelakom Zain Saidin menerusu Instagram dan seperti biasa, ia mengundang perhatian para peminatnya.
Masakan tidak, pasangan ini meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam dengan mengenakan persalinan pengantin yang menawan.
Bintang Kiah Pekasam itu dirakam sama gaun kembang putih perincian ilham pereka Altelia Amani sementara Zain pula tampan dengan sut serba hitam.
Meraikan sambutan Hari Natal bersama keluarga tercinta, penyanyi Nourul Depp gembira apabila dapat berpakaian ‘pyjamas’ sedondon bersama suami dan anak-anaknya.
Lebih meriah, sambutan itu diadakan di rumah mertuanya di Perancis.
“Hari raya sama. Ni pun sama. Hangpa ni memang haqu. Susah sungguh nak duduk diam ambik gambaq. Sorang menyorok, sorang nak terbang. Sorang nak rabat sana sini.
“Asalkan ada gambaq. Selamat hari natal pada yang meraikan, pada yang sama membantu meraikan.
“Semoga perhubungan muhibah berpanjangan. Dari kami di Perancis. Saint Diè des vosges,” tulisnya samabil disertakan beberapa keping foto suasana perayaan Hari Natal.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak itu gembira meraikan perayaan itu khas buat keluarga mertua.
“To wrap up celebration untuk mak bapak mertua kami. Depa happy. Saja ja beli baju ni. Pyjamas sebenaqnya dari @patpatglobal depa baguih kalau barang online. Ni kami recommend. Kami tak kenai depa. Kami jumpa online ja. Quality no.1.
“Saja bagi depa happy. Tahun depan tak balik sini. Kami kat negeri lain. Ya dah plan untuk tahun depan. Plan kena ada. Kalau dak blur ta tau jadi apa.
“Apa apa pun, kita hanya merancang.
“Syok bagi depa happy. Banyak gelak ketawa tahun ni. Hangpa jangan gelak na. Tapi pyjamas ni best!,” tulisnya.
Untuk rekod, Nourul mendirikan rumah tangga bersama Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.
Terdahulu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.
Komposer dan penyanyi rap popular, DJ Fuzz kagum dengan budaya dan sikap disiplin rakyat Jepun yang sentiasa mnghormati antara satu sama lain.
Perkara itu dikongsikan pemilik nama sebenar Farzwa De-Attaher Emir Farit ketika dia menaiki pengankutan awam di Negara Matahari Terbit itu.
Kongsinya menerusi mata kasar mengenai sikap masyarakat Jepun, kelihatan mereka hanya duduk diam sehingga sampai ke destinasi dan tidak menggunakan telefon bimbit untuk tujuan mendengar lagu misalnya.
“Knp org2 kat sini tak suka kalau kita bercakap & main phone dlm tren?”
“Mungkin sebab kalau kau main lagu kat phone, org sebelah main lagu lain, org tepi tu main lagu lain, dia takleh fokus nak dgr lagu yg mana.
“Hahha tak lah. Actually, org Jepun ni mmg mengamalkan budaya respek org lain. Dia kalau boleh taknak susahkan org lain.
“Itu bagus sangat especially bila kita kat toilet awam, bersih gila toilet tu macam renovate semalam,” pujinya.
Malah, Dj Fuzz menyarankan agar perlu mengambil contoh sikap masyarakat itu yang sangat disiplin terutama dalam perjanjian masa.
Sekali gus, ia menjadikan sesebuah negara itu maju dengan sikap dan amalan yang sudah dipupuk sejak kecil dalam diri setiap individu.
“Diorang ni selalu respek org lain. Kalau kita nak sampai level diorang, kita kena tiru cara2 ni.
“Contohnya, datang lambat, benda tu kena buang, sebabnya org yg dtg lambat memang tak considerate & respect timing org lain.
“Kalau nak maju kena tiru budaya negara yg maju. Thats why elok pergi holiday ni.. drpd beli benda2 yg membazir tapi takda value…
“Holiday ni bukan sebab bagus utk content IG & utk eksyen2, sebabnya kalau kita travel dia boleh bukak mata kita..dan belajar benda baru,” kongsinya.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh...