“Terima Kasih Allah,” – Fitri Haris Terima Ijazah Kedoktoran Di University Of Nottingham, UK

Share

Penyanyi nasyid, Fitri Haris berkongsi berita gembira apabila secara rasmi dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Ph.D di University Of Nottingham di United Kingdom.   

Dia menerima penghargaan itu pada 10 Disember lalu.

“Alhamdulillah syukur ya Allah! Selesai majlis graduasi saya di University of Nottingham, UK.

“Secara rasminya di anugerahkan Ijazah Kedoktoran Ph.D pada 10 hb Disember 2019. Setelah 4 tahun suka duka jatuh bangun.

“Terima kasih Allah .. Alhamdulillah.. gambar2 dan caption lain menyusul, will share more pic n vid sampai jemu..sorry awal2 ya.. #drfitriharis #uum #scimpa,” tulisnya.

Menerusi ruang komen, rata-rata netizen meninggalkan komen mengucapkan tahniah atas kejayaannya.

Foto : Instagram Fitri Haris

IKLAN