Ads

Terima Cincin Merisik 6 Minggu Lalu, Erra Fazira Sah Nikah 12 Disember Bersama Ezwan Zain

Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira yang bakal melangsungkan pernikahan bersama Ezwan Zain atau Mr E pada 12 Disember ini, berkongsi dirinya dirisik oleh usahawan berkenaan kira-kira enam minggu lalu.

Erra, 51, menerima sebentuk cincin emas daripada calon suaminya dalam sebuah majlis ringkas yang dihadiri kedua-dua belah keluarga.

“Keluarga kami bertemu dalam sebuah majlis sederhana dan dirisik menerima cincin sebagai tandq,” ujarnya.

Erra berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis pelancaran video muzik Cinta Abadi 2025, di Courtyard by Marriot Puchong, pada Selasa.

Ads

Erra menambah, sebelum proses merisik itu berlangsung, mereka sebenarnya telah bersepakat untuk mendirikan rumah tangga sejak bulan Jun.

“Sekitar Jun lalu kami setuju untuk melanjutkan hubungan dengan menikah,” katanya lagi.

Ads

Anak Restu Keputusan Nikah

Bertemu media pada sesi pengumuman tarikh bahagia tersebut, Erra yang tidak mampu menahan air mata, turut berkongsi bahawa pernikahan bersama Mr E mendapat restu anak perempuannya, Engku Aleesya.

“Kedua-dua anakanda kami, Sofea dan Aleesya merestui keputusan kami untuk berkahwin,” kata Erra.

Ads

Untuk rekod, Aleesya ialah anak hasil perkahwinan kedua Erra bersama Engku Emran, manakala Mr E turut memiliki seorang anak daripada perkahwinan terdahulu.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial Semalam, ramai yang tumpang syukur & gembira apabila pelakon dan penyanyi tersohor, Erra Fazira, mengumumkan bakal menamatkan zaman solo bersama lelaki pilihan hati yang juga pemilik rangkaian restoran Kueh, Ezwan Zain, 12 Disember depan 💍🌹 Lebih setahun mengenali hati budi, Erra atau Fazira Wan Chek, 51, memohon doa yang baik-baik daripada semua pihak agar majlis pernikahannya dipermudah. Amin ya rabb ✨💖 #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Dah Hulurkan Tangan, Tapi Belum Disambut,” – Cheta Pot Pet Rindu...

Usahawan yang juga penyanyi, Cheta Pot Pet menjelaskan dia dan selebriti versatil, Ifa Raziah tidak bermasam muka seperti yang didakwa segelintir pihak susulan tiada...
error: Hello. Cannot.