Penyanyi Ameng Spring terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab segelintir wakil penganjur atau ‘orang tengah’ yang masih mahu menipu artis dalam soal pembayaran selepas membuat persembahan.
Menurut Ameng atau nama aebenar Wan Aminuddin Wan Ismail, dia pernah menerima cek tendang berjumlah RM30,000 selepas membuat persembahan disebuah majlis yang dianjurkan oleh orang kenamaan atau VVIP.
“Kejadian berlaku sekitar dua tahun laku dan isu tak dapat bayaran ini banyak kali terjadi, bahkan hingga hari ini masih lagi berlaku.
“Dapat cek tendang, bayar dengan duit palsu. Saya pernah menyanyi di sebuah acara berprestij dan dapat bayaran berjumlah RM30,000.
“Bila saya pergi bank, rupa-rupanya cek tendang. Tapi, saya tak salahkan tuan rumah, sebaliknya itu salah orang yang berurusan dengan pengurusan saya,” katanya kepada MH.
Ads
Ditanya adakah serik dengan kejadian menimpanya, Ameng berkata, dia akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.
“Biasanya saya akan ambil deposit terlebih dahulu. Tapi untuk acara itu, saya tak berbuat demikian atas dasar percaya.
“Mungkin selepas ini saya akan pastikan saya ambil duit pendahuluan sebelum buat persembahan,” katanya ditemui pada sidang media Konsert Rock Legend Berzaman di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ads
Dalam pada itu, Ameng turut mengakui masalah ketiadaan hitam putih menyebabkannya sukar untuk membuat sebarang tuntutan.
“Masalahnya sebab kami (penyanyi) yang buat persembahan tiada perjanjian bertulis dan sebagainya.
“Jadi, bila nak buat tuntutan di mahkamah, ia agak sukar sebab semua benda kita perlu buat sendiri.
Ads
“Nak turun naik mahkamah, nak bayar peguam dan sebagainya. Jadi ia agak tidak berbaloi untuk dilakukan,” jelasnya.
Selain Ameng, Konsert Rock Legend Berzaman itu bakal membariskan lapan vokalis rock era 1990-an seperti Muss, Zamani Slam, Amir Ukays, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Poey Sting serta Hazama.
Konsert anjuran RAR SKY Entertainment itu akan menggegarkan Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 3 Mac depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski hanya sempat bersiaran bagi episod pertama pada Ahad lalu, program hiburan All Together Now Malaysia (ATNM), Astro kekal dengan keputusan menunda tayangan program hiburan terbaharu itu sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad menerusi Harian Metro berkata, pihaknya mahu memberi laluan kepada siasatan menyeluruh daripada semua pihak terbabit.
“Kami akan memaklumkan kepada semua tarikh baharu siaran apabila segalanya selesai,” katanya seperti yang dipetik.
Kenyataan itu bagi menjawab laporan media sebelum ini berkenaan tiada kertas siasatan dibuka oleh pihak polis susulan dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh selebriti yang terbabit dalam rakaman ATNMY yang tular baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali yang dipetik sebagai berkata, selepas semakan dibuat, pihaknya mendapati rakaman program itu dibuat sebelum arahan PKP 3.0 dikuatkuasakan.
Terdahulu, tular di media sosial apabila program yang menampilkan 50 juri itu didakwa melanggar SOP sehingga memaksa pihak Majlis Keselematan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran SOP
Susulan itu, Astro dalam satu kenyataan pada 8 Jun lalu memutuskan untuk menghentikan sementara program terbabit sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya pelanggaran SOP selesai.
Menerusi kenyataan itu, Raqim berkata, rakaman program itu dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan PKP 3.0 dan kru terlibat sudah menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula.
Hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman.
Raqim pada masa sama menjelaskan, set yang dibina mengambil kira penjarakan fizikal dan berjarak 1.5 meter antara setiap juri di samping penghadang lutsinar turut diletakkan bagi memisahkan mereka.
Difahamkan juga, rakaman program terbabit juga turut dihadiri wakil agensi-agensi keselamatan.
ATNMY memulakan siaran episod pertamanya pada 6 Jun lalu dan sepatutnya bersiaran setiap Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah melahirkan anak kedua yang diberi nama Aaron Ibrahim, pelakon jelita Izreen Azminda gemar berkongsi perkembangan terkini keluarganya di laman media sosial Instagram miliknya.
Terbaru, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam ada berkongsi foto Aaron bersama dengan ayah, ibu dan ibu mertuanya.
Difahamkan, anak keduanya itu kini sudah mencecah usia 5 bulan.
“Adik dgn nanny… Opah n atok #aaronibrahim,” tulisnya.
Untuk rekod, Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.
Selepas itu, Izreen mendirikan rumah tangga bersama Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.
Kemudian, Izreen telah selamat melahirkan Aaron pada 29 Jun yang lalu.
Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Hisyam Hamid ada berkongsi foto pada zaman kanak-kanaknya buat peminat menerusi platfrom Instagram.
Jelas bapa kepada dua cahaya mata ini, imej yang dirakam ketika usianya 10 tahun itu turut menyimpan memori tersendiri apabila dia bercita-cita untuk bergelar pemain bola sepak suatu ketika dulu.
Menyebut beberapa bintang sukan terkenal pada ketika itu, bintang drama TQ Captain ini turut bercerita mengenai baju saiz besar yang dikenakan.
“Tgh mengemas terjumpa gambar budak flat ni yg bangun je terus nak pergi main bola. Masa ni umur 10 tahun, impian nak jadi mcm Fandi Ahmad, Abbas Saad, Azman Adnan & Olombumi Adigun.
“Ya baju mmg besar sikit sebab tu size paling kecil yg ada masa tu sebab dlm team tu aku paling muda; yg lain kebanyakkan 13-14 thn ke atas,” jelas Hisyam sambil disertakan dengan beberapa tanda palang.
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.