“Terima Baik Buruk, Tahap Kesabaran Perlu Tinggi,” – Nasihat Ikhlas Uqasha Buat Pengantin Baru

Share

Pelakon Uqasha Senrose menitipkan nasihat ringkas buat adiknya, Raysha Rizrose yang telah selamat bergelar isteri pada Rabu.

Bahagia harmoni melayari alam rumah tangga bersama pelakon Kamal Adli, Uqasha mendoakan agar Dewi Remaja 2015 itu saling berkasih sayang dengan suami tercinta.

“Terima baik buruk (pasangan), tahap kesabaran kena tinggi dan yang paling penting sayang di antara satu sama lain,” katanya kepada MH.

Uqasha turut bersyukur kerana majlis akad nikah Raysja berjalan dengan sempurna.

“Alhamdulillah, tahniah untuk Raysha dan juga suami. Semoga kalian dapat melayari bahteri rumah tangga dengan baik,” katanya lagi.

 

Terdahulu, Raysha, 27, selamat bergelar isteri kepada pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri,29, dengan sekali lafaz kira-kira jam 8.52 malam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad bersaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama. 

Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

Pasangan mempelai terlebih dulu mengikat tali pertunangan pada 22 Disember tahun lalu yang dilakukan secara tertutup di Tropicana Golf & Country, Petaling Jaya.

Raysha menjalinkan hubungan bersama Nabil selama 10 tahun, iaitu sejak di bangku sekolah menengah lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN