Teresak-Esak Mira Lari Bawa Hati, Tak Nak Tunang Dengan Cikgu Haikal?

Share

Wow… nampaknya makin panas konflik hati melibatkan Mira lakonan Mimi Lana menerusi drama rantaian, Cari Aku Di Syurga yang bakal bersiaran untuk episod terbarunya jam 10.00 malam ini di TV3.

Mira yang sebelum ini masih ada rasa hati terhadap Anas (Aeril Zafriel) akhirnya terpaksa bersetuju untuk bertunang dengan cikgu Haikal lakonan Muaz Fitri atas kehendak ibunya sendiri.

Bagaimanapun pada episod terdahulu, Mira meminta ikatan tunang dianjakkan kepada suatu tarikh kerana dirinya masih belum bersedia, selain merasakan proses tersebut dilakukan secara tergesa-gesa.

Terkini menerusi Instagram, Mimi ada memuat naik satu babak episod drama itu yang merakamkan dirinya lari membawa diri dalam keadaan menangis sambil diperhatikan ibu dan bakal tunangnya itu.

Cari Aku Di Syurga yang bersiaran menerusi slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3 turut dilakonkan Janna Nick, Faria Farida dan ramai lagi.

Foto: Instagram Mimi Lana

IKLAN