Penyanyi Tom terpaksa menyanyi sambil memegang bahagian belakang seluarnya yang hampir terlucut ketika membuat persembahan di konsert Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9)c malam tadi.
Bagaimanapun, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, dilihat tenang sehingga akhir persembahan meski berlaku sesuatu yang tak terduga.
“Saya kalau menyanyi selalu rendahkan badan kan, tiba-tiba tu ‘tapp’, alamak. Kita sudah lah ada nak buat showmanship pula. Benda yang tak dapat nak elak.
Ads
“Jadi daripada dibiarkan tercabut (tertanggal), kita teruskan persembahan juga. Pegang. Tapi dia mengganggu jugalah. Tercabut ketika di bahagian chorus.
“Perasaannya rasa macan tak pegang cukup kuat. Rasa macam nak cepat habiskan nyanyian. Sebab takut terjatuh seluar tu,” katanya.
Ads
Sementara itu, rezeki tidak berpihak kepadanya apabila dia diumumkan sebagai bintang keempat yang tersingkir, dalam saingan minggu ketujuh itu.
Tom menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti yang dipopularkan oleh Anita Sarawak berada pada kedudukan paling bawah dengan 55.20 peratus.
Ads
Bob Yusof pula sukses di tempat pertama, memungut markah sebanyak 85.60 peratus, disusuli Shila Amzah dengan 84.10 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan hos, Elly Mazlein berkongsi kapsyen lucu di Instagram sebelum saingan minggu ketiga program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) berlangsung, Ahad malam.
Menurut Elly yang mesra disapa Kak Lina, dia teruja apabila minggu ini terdapat banyak lagu genre dangdut yang dinyanyikab para bintang yang bertanding.
“Adoi malam ni kak Lina ada banyak lagu show. Lagudangdut banyak dik. Siap semua lagu Kepom tapau ikat tepi gantung kat dinding la dik.
“Tak kan lah nak tengok saja bila dia orang menari, sabar jap. Sikit je lagi nak pulul 9pm ni. Chu oll dah bersedia ini malam?,” tulisnya.
Pelakon Kampung People itu juga turut berkongsi, kalau bukan ‘over’, bukanlah Elly Mazlein.
“Ingat… Over tetap Over dik. Kalau tak over bukan Kak kepom la dik. Bertabahlah Wahai Geng FB dan sewaktu dengannya.
“Kalau sebelum ni Jihan sakit kepala handle Nabil yang banyak songeh. Musim ni, terbalik kot sebab Nabil pula sakit kepala handle partner baru Kak Lina nombor syatu yang sentiasa sugar rush dan banyak akal sepanjang mengacarakan GV!,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Haida Hasnan diumumkan sebagai bintang kedua yang tersingkir selepas mengumpul markah paling rendah dalam kalangan kesemua bintang bertanding.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aina Abdul meluahkan keterujaannya apabila berpeluang berkongsi pentas dengan idolanya, penyanyi Jaclyn Victor.
Berkongsikan perkara itu di laman Instagram, Aina berkata meski gembira namun timbul juga kerisauan dan perasaan gemuruh untuk membuat persembahan duet pada konsert Gegar Vaganza 9 (GV9) minggu kelima, malam ini.
“Saya sangat teruja dan juga gemuruh. Percaturan Tuhan adalah sesuatu yang cantik dan menakjubkan.
“Ingat lagi ketika tahun 2015, saya menonton Kak Jac membuat persembahan di Rumah Terbuka PM (Perdana Menteri), saya sangat terpesona dan jatuh cinta dengan nyanyiannya.
“Dan sekarang di tahun 2022, kami berpeluang berkongsi pentas dan berduet bersama, ia perkara gila!
“Doakan kami, terima kasih Kak Jac dan Kak Zalique untuk peluang ini,” tulis Aina di ruangan kapsyen.
Hos terkenal Datuk Aznil Nawawi mengulas mengenai cara pengacaraan bintang versatil, Elly Mazlein di program realiti hiburan, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).
Aznil yang sinonim disapa Pak Nil berpendapat, Elly yang bersikap ‘agresif’ ketika mengacarakan GV9 di samping Nabil Ahmad memberi satu kelainan buat rancangan hiburan tesebut.
“Elly Mazlein ialah seorang yang mewarnakan pentas. Kita kena fikir bahawa selama hari ini, Elly Mazlein nampak sebegitu dan dia agak agresif di pentas Gegar Vaganza. Bila dia agresif di situ, dia memberikan satu kelainan.
“Dan kelainan ini memang agak sukar untuk cari, terutamanya bagi mereka yang masih bergiat dalam bidang pengacaraan, nak tukar kepada pentas baru nak cari kelainan memang sangat susah.
“Tapi Elly Mazlein berjaya melakukannya. Sebab kalau kita tengok dalam MLS (Muzikal Lawak SuperStar) wataknya agak lain. Begitu juga dengan Ceria Pop Star. Tetapi di sini (GV9) dia agak agresif,” katanya.
Pak Nil berkata demikian menerusi sedutan video yang dikongsikan pengguna TikTok.
Menerusi video sama, Pak Nil antara lain akui sisi perbandingan juga akan diperkatakan.
“Jangan takut dengan perbandingan oranglah. Orang akan bandingkan dengan Jihan, dengan Nabil malah dengan sesiapa pun. Jangan takutlah. Sebab inilah dia pertaruhan dan percaturan.
“Cuma sekarang ini ialah kita yang menonton ni selama ini kita ada rasa macam… jangan terlalu gedik, lancang, banyak sangat yang ‘jangan terlalu’. Tapi awak berjaya Elly, membuat orang terima dengan cara awak yang dikatakan terlalu itu, awakinsan terpilih.
“Dan kekalkan ‘branding’ awak itu. Tapi awak kena berdepan jugalah dengan mereka yang akan mengeluarkan kritikan dan rasa tak puas hati. Dalam kerjaya, awak akan ada orang yang menyokong dan ada yang tidak gemar dengan cara awak.
“Awak beruntung sebab orang yang suka awak ini, akan datang membantu awak untuk mempertahankan awak. Selagi ada orang mempertahankan awak, awak akan jadi orang yanf selamat,” katanya lagi.
Terdahulu, ramai yang memberikan komen terhadap energi yang dibawa Elly ketika mengendalikan Gegar Vaganza kesembilan (GV9).
Kelincahannya dari awal hingga akhir program bersama aksi spontan menerima reaksi pelbagai di kalangan para penonton.
Nabil menerusi MH menyambut baik keberadaan Elly di pentas GV9 menggantikan Jihan Muse yang kini sedang berpantang selepas selamat menimang anak kedua, bulan lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...