Ads

“Terbang-Terbang Tembak Tak Matilah Lepas Ni,” – Zulin Aziz Dapat Tawaran Bintangi Filem Tamil, Peminat Minta Jangan Lepas Peluang

Jika anda mengikuti perkembangan Zulin Aziz di platform media sosial, pastinya kalian tahu pelakon dan pengacara itu sering berkongsi video parodinya untuk hiburan netizen.

Video yang disunting menerusi adegan filem Bollywood nyata mencuit hati ramai.

Malah, video parodinya itu juga pernah mendapat perhatian aktor popular bollywood, Arjun Rampal.

Terbaru, Zulin mendedahkan ada menerima tawaran untuk membintangi filem Tamil atau lebih sinonim dipanggil Kollywood.

Menurut Zulin, pengurusnya ada menerima pesanan Whatsapp, bertanyakan mengenai jadualnya sebelum perbincangan lanjut diteruskan.

Ads

“Punyalah aku buat video dengan pelakon hindustan, sekali dapat offer filem tamil.

Ads

“Lepas ni nak parody Chandramukhi la hehe.

“Ada can tak jumpa Rajnikanth?,” tulisnya.

Ads

Berita gembira tersebut dikongsikan Zulin menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

Anda mungkin berminat dengan

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis terhibur mendengar perkhabaran tersebut selain turut meminta Zulin supaya tidak melepaskan peluang keemasan itu.

“Terbang-Terbang Tembak Tak Matilah Lepas Ni,” - Zulin Aziz Dapat Tawaran Bintangi Filem Tamil, Peminat Minta Jangan Lepas Peluang “Terbang-Terbang Tembak Tak Matilah Lepas Ni,” - Zulin Aziz Dapat Tawaran Bintangi Filem Tamil, Peminat Minta Jangan Lepas Peluang

Sumber: Instagram Zulin Aziz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Aku Pernah Gemuk…,”- Anim Ezati Minta Jangan Persenda Perubahan Fizikal Wanita...

Pengacara dan personaliti televisyen, Anim Ezati menyeru orang ramai agar berhenti mempersenda atau mempersoalkan perubahan fizikal yang dialami wanita selepas mereka melahirkan cahaya mata.