
Pelakon Elfira Loy menerusi entri terkini di Instagram ada memuat naik foto bersama bakal suami, Faris Khairol Anuar di atas kapal terbang, untuk bercuti keTianjin, China untuk bercuti.
Lebih menarik, El turut memaklumkan pemergiannya ke Tanah Besar China itu turut disertai para pengapit lelaki dan perempuan, bridesmaid dan ‘dulang boy’ suaminya.
“I thought its just the two of us but it is not! so happy to see the dulang boys and my bridesmaids ada dekat sini jugak. We’re gonna conquer Tianjin !,” tulis El.
Pada masa sama, pelakon dan pengacara ini turut memuat naik foto sekitar percutian menerusi Insta Stories, selain gambar ‘my girls’, dipercayai bakal pengiringnya di majlis bersejarah itu nanti.

Terdahulu, pasangan ini bertunang pada 2 September lalu dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun hadapan.
Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

![[GAMBAR] Makan Angin Di Sydney, Tapi Wajah Handsome Anak Sulung Azah Aziz Pula Jadi Bualan! 6 [GAMBAR] Makan Angin Di Sydney, Tapi Wajah Handsome Anak Sulung Azah Aziz Pula Jadi Bualan!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/12/1-4.png)


