Uncategorized

“Terbaiklah Bro!,” – Sentiasa Bawa Ibu Ke Majlis, Netizen Gelar Zizan Razak Anak Soleh

Share

Selebriti Zizan Razak dinobatkan sebagai Artis Komedi Popular dalam Anugerah Bintang Popular Ke-31 yang berlangsung di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam semalam.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila bintang itu hadir bersama ibu tersayang, Anai Ibrahim pada malam anugerah tahunan itu.

“Sebaik-baik doa, datangnya dari ibu bapa kita. InsyaAllah. Alhamdulillah #zizanrazak #abpbh #2018,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Susulan itu, gambar tersebut telah mendapat ratusan komen dari netizen yang memuji sikap pelakon filem Abang Long Fadhil itu yang sentiasa membawa ibunya kemana sahaja.

Pada masa sama, Zizan juga sentiasa membawa ibunya menghadiri mana-mana majlis keramaian tanpa segan silu.

Bak kata pepatah, syurga dibawah telapak kaki ibu, kan?

Apa-apa pun, tahniah buat Zizan kerana berjaya mengungguli anugerah Artis Komedi Popular.

Foto : Instagram Zizan Razak.

IKLAN