Seperti yang semua tahu kelab peminat Elyana (Elo FC) akan menganjurkan majlis solat hajat dan doa selamat buat Elyana sebagai tanda sokongan buat penyanyi kesayangan mereka.
Bertuah sungguh Elyana disayangi ramai yang bukan sahaja menyokong karier seninya malah dirinya sendiri.
Terdahulu, Elyana mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan dia menghadapi penyakit Kanser Limfoma ( kanser kalenjar) tahap empat sejurus selepas penyingkirannya di program Gegar Vaganza (GV) musim keempat.
“Memang ‘fan’ semua terkejut dan menangis kerana tak sangka artis yang mereka sayang, nampak ‘happy go lucky’, rupa-rupanya sedang bertarung dengan penyakit kanser,” jelas Presiden Elyana Official Fan Club (Elo FC), Achu Debom.
Memetik laporan Sinar Harian, Achu berkata setelah tamat CV, Elo FC duduk berbincang dan lalu tercetus idea untuk mengadakan aktiviti untuk membantu Elyana.
“Mula-mula sekali kami rancang nak buat solat hajat mendoakan kesembuhannya. Kemudian kami nak buat program cuci kereta mengutip dana, maklumlahkan kos perubatan tinggi.
“Akhir sekali, Elyana sendiri merancang untuk bertemu dengan pesakit-pesakit kanser yang lain bagi memberi kata-kata semangat kepada mereka. Kami nak turut serta dalam program tersebut,” katanya.
Tambah Achu, Elyana juga berpesan kepada dia dan ahli kelab agar tidak melakukan sesuatu yang boleh membebankan diri.
“Kami tak rasa terbeban pun malah kami rasa ‘happy’ dapat membantu Elyana,” katanya.
Majlis anjuran Elyana Official Fan Club atau Elo FC itu akan diadakan pada pukul 8 malam, Khamis depan di masjid di Seksyen 15, Shah Alam.
Sumber : Sinar Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI