
Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong yang diadaptasi menerusi kisah sebenar gangguan ketukan misteri yang tular baru-baru ini telah pun menemui penonton pada Sabtu jam 9.00 malam di saluran Astro Citra.
Lalu, para peminat genre seram turut memberikan reaksi sejurus menonton naskhah lakonan mantap Ellie Suriati, Riezman Khuzaimi, Kodi Rasheed, Anne Abdullah dan ramai lagi itu.

Menerusi pemerhatian MH, pengguna media sosial ada memberikan pelbagai reaksi pada akaun Instagram @bambam_studios terhadap telefilem arahan Azmir Affandi itu.
Rata-ratanya memberikan maklum balas positif selain memuji kualiti lakonan para pelakonnya, terutama Ellie Suriaty.

Malah baru-baru ini juga tular di media sosial mengenai sepotong video yang merakamkan Ellie sedang melakukan ritual nasi kangkang untuk salah satu babak drama berkenaan.

Telefilem tersebut turut menjadi trending hasil carian di Twitter.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Zeta: When The Dead Awaken Filem Zombie Pertama Indonesia, Peminat Boleh Tontonnya Pada…

Sebuah filem aksi dari Indonesia, Zeta: When The Dead Awaken, bakal menemui penonton bermula 28 Januari depan secara eksklusif di saluran 480 Astro First dan On Demand.
Filem arahan Amanda Iswan terbitan Swan Studios itu bakal menjanjikan debaran buat peminat filem genre seram dan aksi apabila ia mengisahkan serangan zombi yang berkeliaran seterusnya mengancam keselamatan manusia.
Zeta: When The Dead Awaken ini dibintangi Cut Mini Theo yang mendukung watak sebagai Isma, Jeff Smith (Deon), Dimas Aditya (Reza), Edo Borne (Reyhan) Joshua Pandelaki (Kolonel Vito), Willem Bevers (Richard) dan ramai lagi.
Kekecohan bermula apabila Deon menyaksikan kejadian aneh ketika teman sekolahnya tiba-tiba menggigit leher pekerja sekolah dengan lagak seperti kanibal.
Terkejut atas serangan manusia seakan zombi itu, Deon lantas membawa ibunya yang menderita Alzheimer untuk bersembunyi bersama di sebuah apartemen sekaligus sedar mereka sudah pun terperangkap di dalam apartmen tersebut.
Lalu bermulalah pelbagai konflik serta adegan cemas sepanjang usaha mereka untuk menyelamatkan diri, termasuk cubaan menghubungi pihak luar bagi meminta bantuan.
Sementara itu pengarah filem berkenaan mengakui berdepan pelbagai cabaran bagi menyiapkan naskah berkenaan terutamanya dari segi masa penggambaran.
“Saya rasa aspek yang paling sukar adalah kenyataan bahawa kita harus mengambil sekitar 6-13 adegan setiap hari, kerana kita hanya mempunyai masa syuting yang pendek.
“Dua dari adegan pertempuran diambil pada hari yang sama dalam waktu sekitar 4 jam sahaja (adegan ketika Deon melepaskan gari dan melawan Reyhan; dan kemudian ketika Reyhan melepaskan borgol dan menyerang Reza).
“Tetapi di sebalik semua kesusahan, ini adalah filem pertama yang saya buat dan saya banyak belajar melaluinya,” katanya.
Pada masa sama, Amanda turut menjelaskan pemilihan pelakon dibuat atas kredibiliti pelakon yang dipilih selain keupayaan mereka untuk menggalas watak dengan baik.
“Kami memilih Cut Mini untuk bermain sebagai ibu kerana dia adalah salah seorang pelakon hebat Indonesia, dan kami percaya bahawa dia dapat memainkan ibu yang menderita Alzheimer awal dengan sempurna, walaupun Zeta adalah filem seram pertama yang dilakoninya.
“Jeff Smith (Deon) ialah pelakon yang sedang meningkat dan memiliki banyak potensi, dan juga bersikap baik, di mana dia tidak pernah mengeluh (tentang apa-apa) semasa membuat Zeta. Dimas Aditya (Reza) telah berlakon dalam banyak filem Indonesia dan kami berpendapat keperibadiannya dan pemikiran kritis sangat sesuai dengan watak Reza.
“Untuk Edo Borne (Reyhan), dia juga bertindak sebagai penjahat dalam beberapa filem dan selama proses pemilihan pelakon, kami menyukai cara dia menyampaikan dialog Reyhan, walaupun dalam kehidupan nyata Edo adalah orang yang sangat lucu wataknya.
“Empat pemeran utama adalah pelakon yang sangat baik dan saya juga gemar menonton mereka berimprovisasi semasa proses membaca skrip” katanya.
Amanda turut bertuah kerana bekerjasama dengan karyawan hebat lain di dalam mengarahkan filem zombie pertama Indonesia.
“Bukan hanya genre seram, saya fikir mengarahkan filem dalam genre mana pun adalah sesuatu yang mencabar, terutamanya jika anda merupakan director pertama kali.
“Nasib baik, saya berpeluang bekerja dengan beberapa kru filem terbaik di Indonesia,” katanya.
Amanda bagaimanapun tidak mempunyai jawapan pasti apabila ditanya sama ada mahu mengembangkan filem hebat ini menerusi sebuah sequel lain pada masa depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar akhirnya telah memberikan respon mengenai konflik yang berlaku terhadap rumah tangganya bersama isteri, pada minggu lalu.
Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Shuk telah mengakui atas kesilapan dirinya yang berlaku dalam rumah tangganya.
Malah Shuk turut menambah, bukan satu perkara yang mudah untuk memperbaiki atau memperbetulkan kesalahan yang telah dilakukannya.
“Setiap orang malakukan kesalahan..dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya..
“Ye bukan senang dan bukan mudah untuk jernihkan air yang telah keruh..
“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagian saya!!,” tulisnya.
Sebelum ini, kisah rumah tangga Shuk menjadi perbualan hangat kalangan netizen selepas didakwa bertindak curang terhadap isterinya.
Shuk mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah pada 20 Disember 2015 dan dikurniakan dua anak perempuan.
Foto: Instagram Shuk Sahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Bergelar selebriti atau tidak, sudah menjadi impian untuk memiliki dekorasi kediaman yang cantik, mewah dan elegan.
Baru-baru ini, pelakon Ain Edruce atau nama sebenarnya Nurulain Edruce ada berkongsi cerita tentang dekorasi kediamannya bersama pengikutnya di akaun Instagram miliknya.
Di samping berkongsi foto sebelum dan selepas melakukan dekorasi di kediamannya, Ain mengakui dirinya bersikap cerewet apabila melibatkan perihal dekorasi rumah.
“OMG. jumpe balik gamba ni baru sedar… dr zero to hero.
“Aku ni sejenis cerewet tau especially bab2 nk cantik kan rumah ni. Sebenarnye concept nak traditional bali, Gelap2 gitu tapi mirul kata rumah gelap rezeki x masuk.
“Haha then, we decided to do modern bali..
Thank you to @cosyforus for making it happen. Worth every penny..,” tulisnya.
Sekadar informasi, Ain telah sah bergelar isteri kepada Amirul pada 13 Disember 2019.
Dan kini, Ain mengumumkan sedang hamil anak pertama pada November lalu.
Foto: Instagram Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

