“Terasa Nyaman Dan Aman Di Dekatnya,” – Jessica Iskandar Berkahwin Kali Kedua Dalam Majlis Serba Mewah Nan Eksklusif

Share

Pelakon popular Indonesia, Jessica Iskandar telah selamat mengikat tali perkahwinan buat kali kedua bersama jejaka pilihan hati, Vincent Verhaag pada Jumaat, 22 Oktober 2021. Mereka telah berkahwin di sebuah gereja di kawasan Bintaro, Tanggerang Selatan dan kemudiannya majlis resepsi diadakan di Ayana Midplaza, Jakarta Pusat.

Jessica atau lebih mesra dipanggil Jedar meluahkan rasa bahagianya. Menerusi laporan Tribun News, pelakon berusia 33 tahun ini berkata, “Dari momen itu Vincent melihat aku dari jatuh sampai boleh bangkit kembali dan kemudiannya belajar untuk mencintai diri sendiri sehinggalah aku membuka hati sekali lagi.”

Sumber gambar: The Bride Story

Jessica menambah yang pada mulanya dia tidak berniat untuk menjalin perhubungan dengan suaminya itu dan hanya menganggap hubungan mereka sekadar teman.

Kongsinya, “Kenapa aku yakin, selain Vincent berada bersamaku saat melalui momen terberat dalam hidup. Dia juga membuatkan aku terasa nyaman dan amat di dekatnya.”

Vincent Verhaag pula berkongsi perasaan apabila bergelar suami wanita anggun itu, ujarnya, “Luar biasa, bahagia, happy dan finally yeah. Dari dulu aku ada prinsip kalau visi misi sama itu lebih mudahlah untuk menjalani hubungan, kalau berbeza bukan susah tapi agak berat, untuk mencari yang sefrekuensinya itu.”

Dalam majlis resepsi itu Jessica kelihatan sangat menawan menggayakan gaun berona putih dan layah yang disulam dengan kata-kata positif manakala Vincent pula nampak kacak dalam persalinan sut rona biru lembut. Untuk majlis santapan pula Jessica mengenakan persalinan gaun halter tanpa lengan dan Vincent tampil dalam sut serba hitam.

Tidak lengkap sesebuah majlis perkahwinan tanpa perhiasan yang mengasyikkan. Dekorasi majlis resepsi serba putih dan mewah dan dihiasi dengan karangan bunga-buanga segar menyerikan lagi suasana. Manakala untuk majlis santapan pula dilatari dengan kain rona hitam dan diserikan dengan perhiasan rona emas dan putih menyerlahkan nilai eksklusif.

Sumber gambar: The Bride Story

Untuk informasi pembaca, Jessica sebelum ini pernah berkahwin dengan bangsawan Jerman, Ludwig Franz Willibald Maria Joseph Leonard pada tahun 2013 sebelum bercerai pada 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sebelum perkahwinan yang kedua ini, Jessica pernah mengikat tali pertunangan dengan model dan pelakon, Richard Kyle pada tahun 2019. Namun hubungan ini kandas di tengah jalan.

Jessica mula popular menerusi debut filem lakonannya, Dealova pada tahun 2005. Dia juga pernah berlakon dalam filem Malaysia bertajuk Diva pada tahun 2007 disamping Ning Baizura, Adam AF2 dan Awal Ashaari.

Sumber gambar: The Bride Story

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN