Terasa Hiba Bercampur Happy…,” – Jasmin Hamid Gembira Bakal Terima Menantu

Share

Pelakon senior, Jasmin Hamid memaklumkan bahawa anak lelaki pertamanya, Lukhman Hakim bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Jasmin menzahirkan berita gembira tersebut bersama peminat di akaun Instagram miliknya.

“Terasa hiba bercampur happy sebab tak lama lagi, anak lelaki sulong saya akan tamatkan zaman bujangnya..

Dalam pada itu, Jasmin turut mendoakan agar segala urusan anaknya dipermudahkan.

“Semoga Allah permudahkan segala urusanmu dan menjadi Khalifah yang terbaik untuk Bidadari mu, son..

“Dah nak jadi suami orang anak ibu ni..

No matter what, you are always my baby..

Kasih Ibu hingga Jannah..

“Mohon doa kalian agar kita sama-sama dapat bina sebuah lagi Masjid..

Semoga Allah makbulkan doa kita semua..

Aamiin.. Hebat Bukan?,” tulisnya.

Sekadar informasi, Jasmin turut memiliki lagi seorang anak angkat bernama Rohana selain Luqman.

Selepas itu, Jasmin dikurniakan seorang anak bernama Ian Haziq hasil perkahwinan bersama bekas suami, Ian Rashid.

Foto: Instagram Jasmin Hamid

IKLAN