Kecoh di media sosial apabila pelakon, Nadzmi Adhwa ada memuat naik posting yang mengharapkan agar sahabat baiknya, aktres Ardell Aryana supaya tabah dan kuat dalam menempuh ujian dariNya.

Lalu, sejak semalam netizen membuat andaian bahawa kemungkinan, pelakon genit itu di sedang bertarung dengan kanser. Andaian berkenaan dikuatkan lagi apabila pelakon lelaki itu ada menulis perkataan ‘theraphy’ menerusi ruangan kapsyen di Instagram.

Lalu, menerusi Insta Story milik Nadzmi pula, dia meminta supaya netizen tidak membuat sebarang spekulasi terhadap Ardell mengenai apa yang menimpa.

Nadzmi ketika dihubungi MH memberitahu, sahabatnya itu memang tak berapa sihat, tetapi bukanlah sesuatu yang serius.

“Sakit-sakit biasa sahaja. Biasalah netizen, pasti akan ada pandangan dan spekulasi sendiri. Memang saya ada sebut perkataan terapi, tetapi ia tidak hanya merujuk kepada pesakit kanser semata-mata.

 

Ia boleh jadi jumpa doktor untuk mendapatkan tips atau pun apa-apa terapi melibatkan apa-apa masalah kesihatan lain juga. Ardell kan pernah mengalami kemalangan beberapa tahun dulu,” katanya kepada MH.

Ditanya sama ada rakannya itu ada mengalami masalah kesihatan yang serius memandangkan luahan yang dilakukan menerusi media sosial, pelakon berusia 26 tahun itu bagaimanapun tidak merasakan Ardell ada mengalami sakit serius.

“Saya tak rasa dia ada sakit yang serius. Saya sendiri tak tahu macam mana orang di luar sana boleh anggap macam-macam. Terima kasih buat yang mendoakan yang baik-baik. Cumanya tak seronok apabila pelbagai spekulasi timbul, hingga boleh menimbulkan fitnah.

 

“Saya harap selepas ini, tiada lagi yang buat andaian bukan-bukan, hingga mengganggu fikirannya,” pinta Nadzmi.

Dalam perkembangan lain, Nadzmi yang bakal muncul menerusi drama 13 episod menerusi RTM berjudul Nota Buat Cempaka juga sedang merancang untuk membuka butik jenama tudung bersama rakan baiknya itu.

“Kamikan ada buat bisnes tudung, Alwadel Hijab. InsyaAllah, ikutkan perancangan sedang berkira-kira untuk buka butik tudung. Semoga dipermudahkan,” akhiri Nadzmi. 

View this post on Instagram

Weh @ardellaryana jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan. Kau kena kuat teruskan perjuangan. Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita. Aku sahabat kau kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby ?? aku nak kau happy balik macam dalam video ni okay. Korang tolong doakan yang baik baik #MakCikBawang

A post shared by Nadzmi Adhwa Nor Adzmi (@nadzmiadhwa) on

Foto: Instagram Nadzmi Adhwa

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI