“Saya Tak Ada Pilihan”. Itu kata pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi selepas membuat keputusan memotong jari kelingking kanannya demi meneruskan karier dalam sukan permotoran dua roda.
Menurut laporan Berita Harian, meski Khairul telah pun menjalani beberapa siri pembedahan bagi membetulkan struktur jarinya itu sebelum ini, namun kecederaan yang dialaminya sejak 2019 itu ternyata memberi kesan terhadap prestasi semasanya.
Oleh itu, pelumba yang terkenal dengan jolokan ‘SuperKIP’ itu terpaksa mengambil keputusan nekad apabila kecederaannya itu berulang kembali di Grand Prix (GP) Republik Czech awal bulan lalu.
“Saya okey selepas pembedahan dan jari saya daripada tahun lalu, tak boleh bengkok kerana ada skru. Saya jatuh di Brno (GP Republik Czech), jari saya retak, jadi saya tak ada pilihan bagi masa depan.
“Bagi saya, sekiranya saya mengekalkan jari ini, kalau terjatuh atau berlaku apa-apa, agak mudah untuk ia kembali patah. Apapun, saya sudah berbincang dengan pasukan sebelum membuat keputusan ini.
“Memang satu keputusan sukar untuk memotong jari saya tetapi demi masa depan, saya cuba yang terbaik bagi meningkatkan lagi keserasian ketika menunggang,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, pelumba pasukan Moto3 PETRONAS Sprinta Racing itu turut berharap agar prestasinya akan kembali pulih selepas ini.
“Seperti sebelum ini ketika jari lurus (tak boleh bengkok), saya selalu juga memikirkan sekiranya jatuh, tentunya akan ada masalah dengan jari itu. Jadi saya perlu sentiasa berhati-hati.
“Sekarang ini, saya harap tidak akan ada gangguan lagi pada jari dan saya akan berjumpa dengan doktor selepas ini untuk melihat keadaannya. Saya harap ia dapat pulih dengan cepat bagi membolehkan saya memberi tumpuan kepada latihan dan juga perlumbaan seterusnya di Misano nanti.
“Saya akan cuba yang terbaik dan ini yang terakhir bagi masalah jari dan harap selepas ini tidak ada lagi masalah untuk saya memberi tumpuan kepada perlumbaan,” katanya.
Terbaru menerusi ruangan di IG Story, Khairul ada berkongsi keadaan terkini jarinya itu selepas berjaya menjalani pembedahan lima hari yang lalu.
Malah, Khairul turut dilihat telah pun kembali menjalani aktiviti latihan ringan bersama rakan sepasukannya yang lain.
Sumber: Instagram Khairul Idham Pawi & Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah mengasilkan hampir 15 buah lagu OST filem sepanjang 10 tahun kebelakangan ini, penyanyi, Daqmie mengakui dia lebih selesa dikenali kerana karyanya berbanding dirinya sendiri.
Menurutnya, situasi ini membolehkan dia menjadi dirinya sendiri tanpa perlu memikirkan persepsi orang lain terhadap dirinya.
“Saya lagi suka begini. Jujur saya katakan. Sampai sekarang saya dua minggu sekali pergi pasar beli ikan tapi takda orang kenal. Happy beb.
“Mungkin ada yang kenal tapi segan nak tegur. Kalau orang kenal pun alhamdulillah. Saya lebih selesa begini. Jadi saya tidak perlu terlalu control bila di luar.
“Kita pakai selipar jepun di luar pun orang tak kisah. Saya juga rimas kalau nak pakai cantik setiap masa,” katanya kepada MH.
Daqmie berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran lagu Sabda Kekasih yang berlansung di Pejabat Universal Music Malaysia, Menara Symphony, Petaling Jaya pada Khamis.
Akui peminat juga memainkan peranan, Daqmie menjelaskan bahawa dia lebih selesa untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap kejayanya sahaja.
“Tapi bila soal kerja saya ingin orang mengenali saya. Maksudnya dengan orang-orang yang berpengaruh di dalam industri kita harus juga dikenali.
“Bukan niat saya menidakkan peminat, bagi saya peminat juga penting tapi saya tidak mahu terlalu ekstrim sangat.
“Biar orang kenal lagu, kita buat kerja dan kita dapat duit untuk sara anak bini itu sudah memadai,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Daqmie turut memuji pasangan Aeril Zafril dan Wawa Zainal yang dikatakan tidak pernah berubah sejak pertama kali berkerjasama menerusi filem 7 Petala Cinta.
Bintang senior, Noorkumalasari telah diundang menjadi tetamu jemputan untuk program bual bicara, Next To Neelofa pada Khamis lalu di saluran Astro Ria.
Menerusi program yang dihoskan oleh pengacara, Neelofa itu, aktres terkenal sekitar era tahun 80-an ini ada berkongsi kisah hidupnya bersama penonton.
Dalam pada itu, Noorkumalasari ada memberitahu kakaknya kini berada dalam keadaan baik dan sihat apabila ditanya Neelofa mengenai perkembangan Anita Sarawak.
“Saya tak tahu cara untuk menjawabnya. InsyaAllah. Kami semua berdoa untuknya. Sebab saya tak ada peluang untuk bercakap dengannya.
“Tapi ada hikmahnya juga paparazzi tak hubungi saya kerana susah. Jadi ada yang hubungi kakak sulung saya bertanya.
“Baru-baru ini, dia telefon dan bercakap dengan Abang Mahathir. Mereka berdua baik. Alhamdulillah.
“Perkara yang saya tahu daripada perbualan kami sebelum ini ialah kini mereka melakukan perniagaan hartanah. Mereka jual rumah dan tanah jadi mereka pergi ke seluruh Amerika Syarikat.
“Tapi saya tak tahu mereka masih berpindah-randah dengan Covid ini. Jadi marilah kita doakan untuk mereka,” jawab Noorkumalasari.
Terdahulu, penyanyi Anita Sarawak telah menghilangkan diri secara tiba-tiba dan semakin menyepi daripada industri hiburan tanah air kira-kira 10 tahun yang lalu.
Gambar: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rumah tangga pelawak dan personaliti televisyen Indonesia, Boiyen, dilaporkan berdepan episod perpisahan apabila beliau memfailkan cerai terhadap suaminya, Rully Anggi Akbar, selepas hanya kira-kira...