Selain berbicara soal peribadi, Aliff juga sempat berkongsi pada media harapannya terhadap drama Izinkan Aku Mencintaimu yang sedang dalam proses penggambaran.

Katanya walaupun dia ditahan polis dan dibelenggu dengan semua masalah ini, Aliff tetap akan terus memberi komitmen dan jadi seorang yang sangat profesional.

“Tepuk Sebelah Tangan Tidak Berbunyi” – Aliff Aziz

IKLAN

“Saya belum habis lagi shoot, sewaktu keluar dari tahanan, keesokkan harinya saya di suruh untuk datang ke konti itu semula untuk menghabiskan shooting.

 

“Jadi saya bersetuju dan rasa tiada masalah kerana sudah keluar dari tahanan dan sudah berehat satu malam,” jelasnya.

Walaupun pada awalnya semua berjalan dengan lancar, tiba-tiba Aliff menerima panggilan daripada krew produksi membatalkan jadual shooting kerana heroinnya, Afifah Nasir tidak dapat hadir kerana masalah kesihatan.

“Afifah tidak dapat hadir disebabkan masalah kesihatan. Tetapi saya tetap ke set untuk berjumpa dengan team production dan memohon maaf pada mereka semua.

 

“Jadi apabila semuanya selesai, saya diberitahu untuk hadir ke set pengambaran keesokkannya dan saya bersetuju.

 

“Saya kata selepas sidang media akan bergegas terus ke sana tetapi awal pagi tadi saya dapat panggilan pihak produksi yang memberitahu shooting hari ini cancel sekali lagi kerana Afifah tidak dapat datang atas masalah kesihatan dan dikatakan ada surat bukti daripada doktor lagi.

 

“Apa yang ingin saya katakan saya ingin cepatkan habis kerana benda ini akan melengah-lengahkan lagi masa tetapi saya tidak dapat habiskan kerja kerana heroin saya tidak dapat hadir ke set penggambaran,” jelasnya.

“Tepuk Sebelah Tangan Tidak Berbunyi” – Aliff Aziz

IKLAN

Aliff yang sentiasa akui kesilapannya menganggap semua yang terjadi ini adalah berpunca daripada kesilapannya sendiri dan beranggapan sudah menerima ‘bayaran semula’ atas ketelanjurannya itu.

Malah Aliff juga berdoa agar pasangan heroinnya itu cepat sembuh supaya dapat sama-sama menghabiskan kerja mengikut masa yang ditetapkan.

IKLAN

“Saya sudah terima apa yang patut saya terima. Saya mengharapkan benda yang sama dari pihak sebelah sana, kalau betul sakit, saya doakan dia semoga cepat sembuh supaya dapat datang balik ke set supaya production tidak terikat dengan segala benda yang terjadi,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Aliff juga berharap agar ada pihak yang berani untuk tampil dan mengaku kesalahannya sama sepertinya.

“Di sini dengan rendah hatinya saya mengaku ada salah saya akan tetapi kalau benarlah saya yang seorang bersalah dan cuba menggatal (contoh) pasti pokok tidak akan bergoyang kalau angin tidak tiup. Malah, tepuk sebelah tangan tidak ada bunyi. Jadi kalau saya ingin ulas lagi lanjut membahayakan banyak pihak.

 

“Tetapi apa yang saya nak katakan, sekirannya kita bersalah, atau sesiapa sahaja bersalah, lebih baik kita mengaku salah dan memohon maaf daripada kita menegakkan benang yang basah akhirnya nanti Allah tetap akan tolong orang yang teraniaya,” terangnya.

Apabila ditanya apakah perasaannya terhadap Afifah, Aliff enggan mengulas lebih lanjut kerana menghormati keluarga Afifah serta isterinya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI