“Tepat 3 Tahun Lalu, Ditanggal Ini Aku Mengucap Janji Kepada Allah Untuk Selalu Menemanimu,” – Kapsyen Sayu Ifan Seventeen Buat Arwah Isteri

Share

Beberapa hari lalu, satu posting yang dikongsikan vokalis kumpulan Seventeen, Ifan nyata menjentik hati netizen.

Menerusi potongan video pendek itu, bintang berkenaan merakam memori perkahwinan sama isteri, Dylan Sahara.

Dylan meninggal dunia akibat terkorban dalam bencana tsunami 22 Disember tahun lalu dan uahan rasa rindu itu dinukilkan Ifan di Instagram.

“Tepat 3 tahun yang lalu, ditanggal ini aku mengucap janji kepada Allah untuk selalu menemanimu dalam suka dan duka sampai maut memisahkan.

“Happy 3rd anniv sayang @dylan_sahara insyaAllah nanti kita rayain anniv kita lagi di surganya Allah. Tunggu aku disana ya. Pinjem lagunya ya bree @rizalarmada @andit_armada @maiarmada,” tulisnya.

Terusik dengan kapsyen yang ditulis, peminat rata-ratanya mendoakan agar Ifan terus kuat.

Mengimbas tragedi yang berlaku hujung Disember tahun lalu itu, Dylan berada di belakang ketika kumpulan yang dianggotai suaminya itu mengadakan persembahan untuk satu undangan nyanyian sebelum berlakunya tsunami.

Ifan,menjadi satu-satunya anggota kumpulan tersebut yang terselamat selepas dua pemain gitarnya, Herman Sikumbang dan Muhammad Awal Purbani serta pemain dram, Andi turut disahkan terkorban.

Foto: Instagram Ifan Seventeen

IKLAN