“Rasa Macam ‘Copy Paste’ Bilal Sangat,” – Neelofa Beri Bayangan Anak Iras Wajahnya?

Share

Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa, 33, berkongsi foto zaman kanak-kanak lalu membayangkan wajahnya iras anak pertama, Muhammad Bilal.

Bekas hos program MeleTOP itu memuat naik foto nostalgia berkenaan menerusi Insta Stories pada Ahad yang dirakam kandid bersama ibunya, Datin Noor Kartini.

“Tengok Masa Kecik ni, rasa macam ‘copy-paste’ Bilal sangat,” tulisnya disusuli emoji ketawa.

Neelofa yang masih memilih untuk tidak berkongsi wajah penuh Bilal kerap berkongsi mengenai perkembangan anak pertamanya bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz di Instagram.

Terdahulu menerusi laporan media, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Nor berbuat demikian (belum sedia kongsi wajah anak) kerana belum cukup ilmu untuk melindungi anaknya daripada penyakit ‘Ain (gangguan disebabkan pandangan).

Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac, tahun lalu.

Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama yang diberi nama Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

.

IKLAN