Pelakon, Eyra Hazali memaklumkan anaknya, Muhammad Hayder Qhalis, 3 bulan, mengalamijangkitan paru-paru, baru-baru ini.
Memanjat rasa syukur, Eyra memaklumkan anak sulungnya itu kini sudah pun sembuh dan pulih sepenuhnya.
Pada masa sama, bintang berusia 21 tahun ini turut berkongsi cerita mengenang saat anaknya menjalani rawatan.
“Alhamdulillah,officially turns 3 months old today ! First of all,thank you for all your prayers and good wishes for Hayder.
“Hayder was admitted to the hospital due to pneumonia (lung infection/ jangkitan paru paru).
Ads
“When his doctor told me this,I was in denial at first because he is too young to face this.
“Tengok dia kena cucuk jarum, nangis kena buat covid test (Alhamdulillah negative) , masukkan ubat,ambil gas,Allahuakbar. But he’s such a strong boy,a fighter. My fighter,” tulisnya.
Eyra turut menyatakan anak tetap memberikan senyuman sejurus menangis saat proses rawatan.
Ads
“After all the cries and screaming, he still managed to give us the brightest smile and his smile makes me stronger. Im so sorry you have to go through this sayang,Mama would do anything to take your place, your pain.
“May Allah ease everything,may Allah bless you with good health and long life. Mama and papa love you so much sayang. Our Strong Boy,” tulisnya dalam berbahasa Inggeris.
Ads
Sekadar informasi, Eyra telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol JDT, Haziq Nadzli pada 1 November 2019 di Masjid As Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur.
Eyra selamat melahirkan anak pertamanya pada 14 Ogos lalu dan pasangan muda ini baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama.
Foto: Instagram Eyra Hazali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kehadiran pelakon Mimi Lana yang turut hadir meraikan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABP33) mendapat perhatian wargamaya.
Hadir mengenakan gaun potongan kembang dalam rona jingga keemasan, penampilan bintang tinggi lampai yang kini popular menerusi drama bersiri, Isteri yang tersakiti ini cukup memujau pandangan.
“Donning this beautiful dress from abang @rizmanruzaini at #abpbh33 yesterday.
“Taniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada pihak @abpbh33 kerena memastikan SOP dijalankan dengan sangat ketat dan teratur.
“It’s kinda weird at first , but this is new Norma yang kita kena biasakan kan ! I had fun yesterday #kitajagakita,” tulisnya.
Sementara itu menerusi ruangan komen pada foto gaun yang dimuat naik, para peminat tidak putus-putus memuji.
Malah ada di antara mereka yang menyamakan wajah Mimi dengan bintang antarabangsa, Ariana Grande.
Malam tadi, Mimi meraih trofi Gandingan Serasi Filem Popular bersama Syafiq Kyle menerusi filem Pusaka.
Foto: Instgaram Mimi Lana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Komposer dan penulis lagu terkenal, Aubrey Suwito ada memberikan reaksinya berhubung persembahan diantara penyanyi, Tomok dan Nuha Bahrin ketika mempersembahkan lagu Di Matamu di konsert minggu ke-2 Vokal Mania yang berlangsung pada Sabtu.
Menurut Aubrey, para penyanyi muda sepatut mencontohi cara nyanyian Tomok yang dilihat begitu tenang mengawal teknik vokal dan tidak terlalu berlebih-lebihan di dalam penyampaiannya.
@TomokOfficial remains a Class Act! Young singers, watch and learn the poise, the pitching, and the control that he has. Actually this is a really good video of what to do, and what NOT to do. 😂😂 https://t.co/R8EQwvLUH8
“Tomok sentiasa mengekalkan tahap persembahan pada kelasnya yang tersendiri.
“Penyanyi muda sekalian, lihat dan belajar bagaimana ketenangan, pitching dan kawalan suara yang Tomok lakukan.
“Sebenarnya ini adalah video yang terbaik untuk menggambarkan apa yang patut dibuat dan tidak patut dibuat ketika mengadakan persembahan nyanyian.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Aubrey menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter miliknya.
Dalam pada itu, Aubrey turut menyifatkan persembahan tersebut adalah contoh yang terbaik untuk melihat apa yang sepatut dilakukan oleh seorang penyanyi dan begitu jugalah sebaliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pandangan yang sama selain turut memuji persembahan yang ditunjukkan oleh Tomok itu.
Sebagi info, program nyanyian, Vokal Mania bersiaran secara langsung di TV3 bermula 24 Oktober lalu setiap Sabtu, jam 9 malam.
Sumber: Twitter Aubrey Suwito
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mustaqim Bahadon akur dengan kesilapannya selepas dikompaun pihak berkuasa gara-gara menanggalkan topeng pelitup muka di tempat awam.
Menurut Mustaqim, insiden tersebut berlaku beberapa hari lalu ketika dia dikatakan ingin menghisap rokok elektronik di hadapan kedai gunting rambut miliknya.
“Hangpa semua janganlah tanggalkan mask walaupun sekejap. Saya baru kena kelmarin depan kedai saya. Dua langkah je depan kedai saya dok berasap.
“Torkono RM1,000. #Janganambilmudah. Tapi tulah, macam mana nak berasap kalau pakai mask kan?,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Mustaqim menerusi entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Tidak menyalahkan mana-mana pihak, pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu berharap agar kisahnya dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat di luar sana supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
“Saya mengaku salah saya. Anda semua, jaga S.O.P. Jangan ambik mudah. Walaupun anda berseorangan, anda wajib pakai mask walaupun di kawasan kedai anda sendiri.
“Jangan jadi macam saya dan saya silap sebab tanggalkan mask sekejap. Marahlah saya,” kongsinya di ruangan kapsyen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen berharap perkara tersebut dapat menjadi pengajaran selain turut memberi nasihat agar Mustaqim berhenti daripada terus merokok.
Terdahulu, Mustaqim kini dilihat sibuk mempromosikan drama terbarunya berjudul Cinta Sekali Lagi yang ditayangkan di slot Akasia, TV3 pada jam 7.00 petang.
Selain Mustaqim, drama ini turut dilakonkan pelakon-pelakon lain antaranya Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha dan ramai lagi.
Sumber: Instagram Mustaqim Bahadon
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.