MH pasti ramai di antara korang yang suka dengan anak kecil lebih-lebih lagi yang masih bayi.

Kecomelan bayi yang masih kecil ini boleh membuatkan kita berasa geram dan kalau boleh pipi mulus mereka mahu dicium sepuasnya.

Namun begitu, antibodi bayi yang masih kecil tidak kuat seperti orang dewasa dan sangat mudah tededah dengan kuman.

Baru-baru ini, MH ada terlihat pelakon, Amar Baharin telah memuat naik satu screenshot daripada portal website Pa&Ma di Instagram berhubung satu artikel tentang seorang bayi terkena jangkitan paru-paru sehingga terpaksa dibuang sebelah paru-paru malah jangkitan kuman tersebut telah mengakibatkan tulang belakangya bengkok selepas dicium oleh individu yang dalam keadaan kurang sihat.

IKLAN

Melihat screenshot yang dikongsi oleh Amar telah membuatkan hati MH sebak dan simpati terhadap bayi tersebut yang terpaksa menanggung penderitaan tersebut.

Pada ruang kapsyen, Amar telah meluahkan rasa marah dan geram terhadap individu yang mengakibatkan bayi tersebut sakit sedemikian rupa malah pelakon ini juga berharap walau secomel mana pun bayi yang kita lihat, tidak perlulah kita mencium atau menyentuh bayi itu kerana dikhuatiri perkara sebegini akan terjadi.

IKLAN

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on

IKLAN

“kalau betul la cerita ni, ini la perbuatan yg paling tak bertimbang rasa… kalau aku ckp B.O.D.O.H agak kasar bunyinye. But yes, siapa yg tak bertanggungjawab tu memang BODOH. Kalau ye pon kau suka, geram, baby tu nampak comel, tak perlu sampai nak cubit pipi or cium or sentuh sekalipon sbb kau kena faham, baby ni antibody belum kuat. Kau ikut perasaan nafsu geram kau, cium baby tu or sentuh baby tu, sampai secara tak langsung kau sebarkan virus kat baby tu sampai sakit mcm ni, siapa yang menanggung??? Kau tak fikir ke mcm mane bersusah payah ibu dia melahirkan, menjaga dan membesarkan anak dia, dengan sekelip mata baby tu menanggung kesakitan atas perbuatan bodoh kau tu???
Aku sendiri tak pernah nak sentuh mane2 baby yg aku jumpe walaupon comel dan geram aku tengok sbb aku sedar diri, sedar ruang, tak nak apa2 jadi kat baby tu.


 

“Mintak maaf, aku memang tak berkenan dengan perangai sesetengah manusia yg tak bertanggungjawab mcm ni.


 

“Dan aku nak mintak maaf jugak kalau aku bertindak sedikit aggressive kalau aku terjumpe mahluk2 mcm ni kat luar sana.

“Dan aku berharap supaya ibu bapa diluar sana, tolong tolong tolong jaga anak2 korang dgn baik. Jangan terlalu menjaga hati orang sampai anak korang terseksa mcm ni. Plz #tengokbolehsentuhjangan #bertindakpakaiotak,” tulis Amar dengan tegas.

MH setuju dengan Amar, bukannya kita sengaja untuk tidak memberi bayi kita dicium atau disentuh orang tetapi kita tidak mahu perkara sebegini menimpa anak kita.

Diharap ibu bapa di luar sana jadikan hal ini sebagai pengajaran dan sentiasa lindungi anak-anak anda.

Sumber: Instagram Amar Baharin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI