Hiburan

“Tengok Belakang… Ada Yang Menumpang,’- Zara Zya Kongsi Pengalaman Seram Waktu Maghrib

Share

Pelakon, Zara Zya mencuri perhatian apabila berkongsi pengalaman seram yang dialaminya ketika memandu seorang diri baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Zara mendedahkan kejadian itu berlaku ketika dia berdepan dengan kesesakan lalu lintas pada waktu Maghrib.

Menurut pelakon drama Luka Di Hujung Setia itu lagi, perjalanan pada awalnya berjalan lancar sebelum dia mula merasakan sesuatu yang aneh.

“Harini pergi kerja, bawa kereta sendiri. Elok je tak ada apa pun.

“Tengah layan ‘jammed’ tiba-tiba rasa lain. Tengok jam, 7.39 pm…hurmm Maghrib. Jauh lagi perjalanan ni,” tulisnya.

Bacaan Ayat Kursi, Telefon Pula ‘Hang’

Susulan situasi yang dialami, Zara memasang bacaan Ayat Kursi bagi menenangkan dirinya.

Bagaimanapun situasi didakwa bertukar pelik apabila bunyi di telefonnya juga tiba-tiba berubah sendiri.

“Tak sampai seminit bacaan, dia tukar lagu. Nak tukar balik, fon terus hang,” kongsinya.

Lebih menyeramkan, Zara mendakwa turut merasakan seolah-olah ada ‘sesuatu’ yang menumpang di dalam kenderaannya ketika itu.

“Duduk diam sudah. Ni sibuk kacau orang,” kongsinya lagi.

Netizen Turut Kongsi Pengalaman

Dalam hantaran sama, Zara turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati, khususnya ketika waktu Maghrib.

“Kalau waktu Maghrib, jangan duduk luar kalau tak penting tau,” pesannya.

Perkongsian tersebut pantas menyorot perhatian netizen dan ada yang berkongsi pengalaman masing-masing.

Berikut antara komen yang ditinggalkan;

“Setuju. Maghrib memang waktu kemuncak dia keluar.

“Baca je kuat-kuat Ayat Kursi. Mahkluk halus azan pun dia takut apatah lagi Ayat Kursi.

“Uish yang menumpang tu macam mana rupanya?

“Betul. Anak saya pun kena ganggu waktu maghrib.

“Jaga diri Zara, jangan selalu berseorangan tau,” komen netizen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Nurdini Rosliza