Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, Nama Permata Hati Che Puan Juliana Evans, Indahnya!

Share

Perkongsian menerusi Instagram abang ipar kepada Che Puan Juliana Evans, Tengku Salehuddin Ismail Shah ada memaklumkan nama permata hati kepada bintang berkenaan dan suami, iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah binti Tengku Sharifuddin Shah.

Selain nama, Tengku Salehuddin juga turut berkongsi wajah anak perempuan sulung pelakon Kami The Movie itu.

“Alhamdulillah, this my daughter Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah binti Tengku Sharifuddin shah. Congratulations @tengku_adeq and @julianaevans #mily,” kongsinya.

Sebagai info, Juliana diijabkabulkan bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.

Hasil perkahwinan berkenaan, Juliana dikurniakan anak perempuan yang baru dilahirkan iaitu pada 13 Julai 2019.

IKLAN