“Tengah Tahun Allah Hadiahkan Kami BMW X5,” – Muliakan Mak Ayah, Mila Jirin Syukuri Rezeki

Share

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin meluahkan rasa syukur selepas berjaya memiliki sebuah kereta idaman, baru-baru ini.

Berkongsi perkara tersebut menerusi sepotong video pendek di Instagram, Mila turut mendedahkan segalanya adalah rezeki kerana memuliakan orang tua.

“ALHAMDULILLAH…. Awal tahun kami hadiahkan mak dan ayah Proton X70. Alhamdulillah tengah tahun Allah hadiahkan buat kami BMW X5.

Pembelajaran; Berbaktilah kepada mak dan ayah, rezeki melimpah ruah. InsyaAllah dengan izin Allah,” tulisnya.

Perkongisan positif yang dibuat Mila turut mendapat perhatian rakan serta peminat.

Masing-masing mengucapkan tahniah serta tumpang gembira dengan pencapaian juara program Akademi Fantasia musim ke-5 (AF5) itu,

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN