“Tengah Pantang Pun Stylo,”-  Lebih 10 Hari Bergelar Ibu, Betty Rahmad Tetap Jaga Imej Biar Berpantang. Hebat!

Share

Pelakon, Betty Rahmad kini sudah 10 hari menjalani hari berpantang selepas melahirkan anak sulungnya, Ardy Wira 19 Januari lalu.

Dalam pada itu, isteri kepada Ardy Damis itu turut berkongsi sekeping foto di akaun Instagramnya yang melihatkan dia sedang posing sebelum menjalani check-up untuk Ardy.

“Big smile on my face because i got to push my boy for the first time today in our custom black & white #bugaboofox for doctor’s appointment this morning. Yes doctor’s appointment i swear! Tak tipu #ardywira#10daysold #bugaboo @happikiddo_#stillpantang,” tulisnya. 

Serentak dengan itu, netizen turut memuji kecantikan adik bongsu Erma Fatima yang tetap stylo meski sedang berpantang hari yang ke-12.

Terdahulu, Betty selamat melahirkan Ardy pada 19 Januari lalu seberat 3.26kg.

Foto : IG Betty Rahmad

IKLAN