Bekas penyanyi, Tasha Manshahar telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27 tahun, hari ini.
Kongsi Tasha, dia telah menerima kejutan istimewa daripada suami tercinta, Fahrur Raqib Abdul Majid.
Lalu, Tasha atau nama sebenarnya Nur Nadia Natasha ini turut berkongsi momen indah tersebut dan berkongsi cerita di akaun Instagram miliknya.
“Semalam tengah iron baju, tiba-tiba my husband datang and wish happy birthday (yg i sendiri pun tak ingat) berserta doa yang panjang untuk si isteri ni.
Ads
“Amin amin amin. Dan tiba-tiba dia hulur sampul dan minta maaf sebab tak sempat nak prepare hadiah.
“I pun cakap it's totallyyy okayyyyy for me sebab ingatan tu lebih priceless. Thank you, love. So nampaklah kurg sikit rasa bersalah dia. Mungkin dia ingat i akan sedih takde hadiah. Dia taktahu, i lagi suka kalau tiap tahun dapat sampul berisi macam ni #gurauje #iloveyou,” tulisnya.
Tasha pada masa sama turut menjelaskan setiap hari adalah hari jadi baginya.
Ads
“I was raised in a small family yang tak kisah sangat bab birthday ni. Setiap kali birthday, my mom masak dekat rumah, atau makan dekat luar, beli kek kecik, makan sama-sama.
“Kalau ada hadiah, ada lah. Kalau takde pun takde hal lah. Bagi saya, hari-hari adalah hari jadi, hari-hari kita perlu saling menghargai. Itu hadiah paling beerti. And yes today I'm 27th officially, happy birthday to me
Ads
“P/s : Dalam konon tak kisah, cepat-cepat jugak i simpan sampul ni wakakakaka Ambil buat berkat org kata,” tulisnya.
A post shared by @ tashamanshahar on Nov 21, 2019 at 5:48pm PST
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September 2018 di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang dan dikurniakan anak lelaki pada 21 Jun lalu.
Foto: Instagram Tasha Manshahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski 10 tahun berlalu, ternyata filem Pisau Cukur ini masih seronok untuk ditonton.
Siapa yang boleh lupakan frasa ‘oh my Gucci atau ‘oh my Prada’ kan?
Filem perihal dua orang bernama Intan dan Bella yang dilakonkan Fazura dan Maya Karin yang giat mahu capai cita-cita tersendiri itu nyata menjadi satu gandingan mantap dan serasi.
Bukan itu sahaja, filem ini turut dibintangi pelakon hebat lainnya seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Rahim Razali, Datuk Eizlan Yusof, Khatijah Tan, Datin Umie Aida, Liyana Jasmay dan ramai lagi.
Mungkin ada yang tidak tahu, Amelia Henderson juga turut membintangi dalam filem ini dengan memegang watak Intan ketika masih sekolah rendah.
Walaupun filem ini tidak dilakonkan atas sebuah kapal percutian mewah sebenar, namun ia tetap kelihatan realistik, bak belajar merentasi lautan biru!
Filem yang pernah mencipta fenomena industri perfileman ini telah diarahkan oleh pengarah hebat, Bernard Chauly.
Terdahulu, filem Pisau Cukur ini telah ditayangkan pada 5 November 2009 di seluruh pawagam tanah air dan difahamkan meraih kutipan sebanyak RM 2.32 juta.
Sumber: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan penyampai radio, Mawi ada memuat naik satu rakaman video IG TV menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Mawi atau nama lengkapnya, Asmawi Ani telah membuat kejutan buat isteri tercinta bersempena dengan ulang tahun kelahiran.
“Happy Birthday Ekin & Aen Semoga diredhai Allah dunia & akhirat ameennn .” tulisnya.
Di samping itu, peminat turut memuji sikap penyayang dan romantis bintang berkenaan buat orang rumahnya itu.
Malah, tidak kurang yang turut mendoakan kesejahteraan Ekin dan semoga keluarga ini kekal hingga ke akhir hayat.
Sekadar informasi, Mawi mendirikan rumah tangga bersama Ekin atau nama sebenarnya, Nora’Asyikin Rahmat pada 21 Oktober 2008 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Ekin juga memiliki pasangan kembar yang bernama Nora’Ain Rahmat.
Video: Instagram Mawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri melancarkan sebuah program baru, Akademi A-Comel yang mengumpul 12 orang peserta di kalangan mereka yang mengalami masalah obesiti untuk sama-sama menjalani gaya hidup sihat seterusnya mendapatkan bentuk tubuh ideal.
Katanya kepada MH, program yang bakal berjalan selama tiga bulan itu antara lain adalah bertujuan untuk membuktikan golongan sedemikian juga punya motivasi dan semangat untuk berubah, seterusnya membina keyakinan dalam diri.
“Kami tubuhkan Akademi A-Comel ini kerana saya melihat ramai yang berbadan comel yang ingin lakukan aktiviti sihat misalnya mahu ke gim, akan tetapi ia terhalang kerana dihina segelintir pihak.
“Jadi ada yang rasa malu. Bila ada akademi sedemikian, mereka berkumpul dan seterusnya bina keyakinan diri dan semangat,” katanya yang mendapat lebih 5,000 peserta yang ingin mendaftar di akademi tersebut.
Jelas Aliff lagi, minimum berat para peserta adalah seberat 110kg dan maksimum 300kg. Usahawan ini ditemui pada majlis pelancaran Akademi A-Comel di Sugeh Resort, Sungai Buloh pada Selasa.
Aliff pada masa sama turut memberitahu, pelbagai kriteria turut diambil kira bagi menyertai A-Comel, seperti tidak malu untuk berkongsi cerita di hadapan lensa.
“Tapi kebanyakannya tidak mahu berada di depan lensa kamera. Malu dan tak mahu ke depan. Jadi yang terpilih ini, mereka tidak rasa malu-malu untuk ketengahkan wajah mereka.
“Dalam tiga bulan berada di akademi, mereka perlu mengikuti aktiviti sihat yang telah disediakan. Jadi mereka akan disingkirkan setiap minggu, bergantung kepada undian mereka menerusi Facebook selain perubahan berat badan.
“Hadiah keseluruhan pula bernilai RM15,000,” akui Aliff yang berhabis kira-kira RM1 juta termasuk kos produksi dan pengiklanan demi A-Comel.
Ditanya mengenai akan timbul isu ‘body shaming’ atau eksploitasi selepas ia ditayangkan, Aliff ada jawapannya sendiri.
“Gemuk tu bahasa kasar, saya tidak kata mereka gemuk tetapi comel. Apa yang saya ingin tonjolkan di sini ialah, kebanyakan program yang ada sekarang adalah untuk lagu serta lakonan sahaja. Tapi tiada ada pertandingan yang sedemikian.
“Niat saya satu sahaja, nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia, amalkan gaya hidup sihat dan di akademi A-Comel itu nanti, ada CCTV yang akan awasi mereka 24jam tanpa telefon bimbit.
“Mereka akan didenda kalau mahu tarik diri. Malah peserta yang menyertainya juga adalah di kalangan yang mempunyai kerjaya yang baik.
“Kami tidaklah menjanjikan mereka mesti turun berat badan akan tetapi, apa yang kami target ialah sekurang-kurangnya minimum ada penurunan antara 5 hingga 15 kilogram dalam masa sebulan.
“Orang badan comel pun nak sihat, mahu ke depan. Apa yang boleh saya kongsikan pengalaman pahit mereka, ada kena cerai, ada yang susah nak pakai baju dalam sebab terlalu besar, kulit berpalik dan sebagainya.
“Jadi momen tersebut saya kongsikan kepada publik untuk masyarakat nampak juga sisi mereka yang berbadan comel ini jangan pandang rendah dalam A-Comel.
“Malah, peserta yang terpilih juga diwajibkan untuk bertemu dengan doktor bertauliah terlebih dahulu. Kami akan ketahui status kesihatan mereka dahulu.
“Jangan lupa saksikan episod pertamanya yang bermula hari ini, jam 8.00 malam, setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat di saluran YouTube TV Terlajak Laris ,” kongsi Aliff yang sasarkan tontonan lebih sejuta tontonan di platform media sosial.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.