“Tengah Gosok Baby Ni,”- Isteri Hamil 3 Bulan, Ippo Hafiz Teruja Bakal Jadi Bapa

Share

Terkenal dengan gelaran Raja Runut Bunyi, Ippo Hafiz bakal bergelar bapa selepas isterinya, Fara Roslan disahkan hamil.

Berita gembira itu dikongsikan Ippo menerusi Instagram dan lebih menggembirakan, bintang itu turut mendedahkan kandungan isterinya sudah memasuki tiga bulan.

“Tengok Ippo tengah gosok baby ni. Alhamdulillah dah nak masuk bulan ketiga.

“Minta doakan semoga rezeki lagu-lagu Ippo bersinar dan meletop dengan kehadiran cinta ini. 

“Lepas ni kami berempat dan Amanda dapat geng adik.

“Terima kasih sayang atas segalanya. Nanti abang bagi banyak hadiah,” tulisnya.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata menitipkan ucapan tahniah buat pasangan itu.

Terdahulu, pemilik nama penuh Muhammad Hafiz Yaziz telah mendirikan rumah tangga bersama Fara pada 24 Ogos 2019.

Ippo juga mempunyai seorang anak angkat, Cinta Rizky Amanda yang dijaganya sejak dilahirkan.

Sebelum ini, Ippo dan Fara mula berkenalan ketika menjalani penggambaran muzik video Saat Bahagia itu menjalinkan ikatan pertunangan pada 10 Mac 2019.

Foto : Instagram Ippo Hafiz

IKLAN