Sinonim dengan persalinan berbeza dan unik, fesyen menarik yang digayakan penyanyi Aina Abdul saat mengalunkan lagu Sepi di saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36), malam tadi ‘memancing’ perhatian warganet.

Membuat persembahan bersama vokal memukau, peminat turut memberikan reaksi tersendiri mengenai persalinan polos putih yang dikenakan bintang terbabit.

Ada yang mengaitkan persembahan tersebut boleh diilhamkan daripada situasi semasa negara ketika ini.

“Tema Air Kat Belakang Mencerminkan Situasi Yang Dihadapi Banyak Rakyat Malaysia Sekarang…,” – Sepi Aina Abdul ‘Pancing’ Perhatian “Tema Air Kat Belakang Mencerminkan Situasi Yang Dihadapi Banyak Rakyat Malaysia Sekarang…,” – Sepi Aina Abdul ‘Pancing’ Perhatian “Tema Air Kat Belakang Mencerminkan Situasi Yang Dihadapi Banyak Rakyat Malaysia Sekarang…,” – Sepi Aina Abdul ‘Pancing’ Perhatian

Ini antara komen yang ditinggalkan mereka menerusi saluran YouTube TV3MALAYSIA Official;

“She already said that she would wear another level walaupun dalam semi final. And guess what, she really did well on her fashion today. Sangat relate dengan situasi yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia harini. Kudos to Aina & team!!! moga Sepi ada rezeki di final!”

IKLAN

“Lagu Sepi ni sangat bertepatan dengan situasi rakvat Malaysia sekarang. Terus bersemangat, jangan puts asa menempuh cabaran hidup, dan terus bermimpi kerana mimpi itu percuma.”

“Tema air kat belakang tu mencerminkan situasi yng dihadapi banyak rakyat Malaysia sekarang ni. Sesuai dengan lagu memberikan kata semangat pada diri untuk terus berjuang dan jangan putus asa dengan ujian. Rangkap bridge “Biar rebah tak mengapa, biar sakit ku melangkah” jelas menunjukkan semangat seseorang xpernah luntur. Part “Biar gelita badai melanda” sangatlah berkait dengan situasi sekarang. Semoga lagu ni boleh berentap di AJL 36. In Sya Allah ada rezeki mana tahu boleh juara terus aaamiin. Semangatt Aination!”

“Kepada rakyat malaysia, jangan pernah mengalah dengan ujian yang dihadapi ketika ini. Terus berdiri! #Rakyatjagarakyat.”

IKLAN

“Yes aina telah berjaya membawa tema musim hujan dgn mengayakan busana selimut yg mencerminkan sejuk dikala hujan…”

“Our Snow Queen. Terasa rintihan dan seterusnya kebangkitan. Fly high dear Aina Abdul.”

Malah tidak kurang yang turut memuji kredibiliti nyanyian secara langsung Aina.

IKLAN

“Tema Air Kat Belakang Mencerminkan Situasi Yang Dihadapi Banyak Rakyat Malaysia Sekarang…,” – Sepi Aina Abdul ‘Pancing’ Perhatian “Tema Air Kat Belakang Mencerminkan Situasi Yang Dihadapi Banyak Rakyat Malaysia Sekarang…,” – Sepi Aina Abdul ‘Pancing’ Perhatian

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sissy Iman, persaingan 18 lagu di SFMM36 berlangsung malam tadi dan baki 12 lagu akan bertanding hari ini bagi merebut peluang berentap di Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI