Pelakon senior, Sheila Mambo meluahkan rasa kecewa dengan sikap sambil lewa sesetengah pengusaha bazar Ramadan yang tidak menitik beratkan mengenai aspek kualiti makanan jualan mereka.
Jelas Sheila, ramai pelanggan dikhabarkan telah rasa tertipu kerana makanan yang mereka jual ada kalanya mudah rosak atau basi.
“Saya mendapat berbagai reaksi setelah saya up hal ini di story. Ramai yang tertipu semasa di bazar Ramadan. Ingat kan saya seorang.
“Masak awal sangat, kita nak makan lepas terawih, ada yang kuah masam, telur rebus berlendir. Kejadian berlaku pada saya, anak saya Ecah kan autism.
“Makanan kuah dah masam, saya cakap tak payah makan nanti perut sakit, dia terus ‘kejung’ nak makan juga, (kesian) saya basuh meehoon tu, saya masukan sup saya masak untuk sahur,” tulisnya.
Rasa kecewa tersebut disuarakan oleh pelakon filem Mami Jarum itu menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
Ads
Dalam pada itu, Sheila turut berharap agar para peniaga bazar Ramadan dapat memperbaiki mutu jualan dan bersikap jujur dalam urusan jual beli.
“Kesian sangat tengok dah la jujur berpuasa, saya complain pada peniaga yang saya oder online, dia nk pulangakan duit balik. Saya cakap takpe, saya ambil makanan yang sama esoknya.
“Buah melaka beli kat bazar kelapa basi. Kawan saya beli ayam nak makan masa sahur dah kejung. Ada yang cakap beli teh piorrr balik masa berbuka dah masam. Aduhai, fikirkan lah, ada kah rezeki kita cari jadi barakoh?
“Jujur lah dalam berniaga. Kalau tak habis sedekahlah pada makluk lain. InshAllah Allah akan bagi yang lain nanti. Kesian pelanggan,” katanya lagi.
Ads
Entri berkenaan turut menarik perhatian ramai pihak termasuklah chef terkemuka tanah air, Chef Adu.
Menurut Chef Adu, kebanyakkan kes yang berlaku ketika ini bukan disebabkan para peniaga yang ingin menipu tetapi lebih kepada kurangnya ilmu dalam bidang kulinari.
Jelasnya lagi, para peniaga dilihat tidak mahu mengeluarkan modal bagi menambah baik ilmu kulinari dan masakan mereka seterusnya hanya memikirkan untung semata-mata.
Ads
“Biasanya, bukan peniaga-peniada menipu dlm kes basi dsb. Ramai yang pakai redah berniaga mengejar keuntungan tanpa ilmu kulinari. Sebenarnya ilmu itu modal utama yang paling Penting dalam bidang kulinari ( dah semua bidang lain juga ).
“Ramai yang kedekut bermodal untuk ilmu! Tak faham refrigeration, temperature/suhu dan (hot holding) berapa lama makanan boleh berapa lama dalam suhu bilik sebelum basi dan sebagainya.
“Sebab itu saya memang tak makan nasi campur waktu mlm atau beli apa pun du bazar Ramadan yang tidak dimasak Kat situ. Wallahualam!,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut senada selain turut berharap agar para peniaga dapat menitik beratkan mengenai kualiti jualan mereka selepas ini.
Sumber: Instagram Sheila Mambo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Dayang Nurfaizah meluahkan rasa syukur kerana berpeluang untuk menjalani ibadah puasa bersama kedua-dua ibu bapanya di Kuala Lumpur.
Sekaligus, ia membuatkan sambutan Syawal lebih bermakna bagi dirinya kali ini.
Bagaimanapun, Dayang memberitahu ia tidak lengkap oleh kerana adik-beradiknya masih lagi menetap dan berada di Kuching, Sarawak.
“Macam ibu dan ayah Dayang memang duduk dengan saya di Kuala Lumpur. Cuma macam sambutan ramadan tahun lepas kebetulan sebelum PKP, ibu saya dia pergi ke Kuching kerana ada urusan keluarga di sana.
“Jadi tahun lepas memang saya tak dapat nak sambut puasa dengan ibu.
“Tapi tahun ini, saya bersyukur sangat sebab dapat sambut ramadan dan raya dengan kedua-dua ibu ayah dekat sini.
“Cuma adik-beradik saya sahaja yang masih berada di Sarawak, jadi saya bersyukur sangat-sangat,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 39 tahun ini memaklumkan persiapan puasa dan raya pada tahun ini bersederhana.
“Persiapan puasa atau raya, saya memang tiap-tiap tahun bersederhana sahaja yang penting dapat sambut bersama dengan ibu dan ayah,” katanya lagi kepada MH.
Foto: Instagram Dayang Nurfaizah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Erra Fazira mengakui sedikit terkilan dengan sikap segelinitir pendatang baru di dalam industri seni yang disifatkan seperti tiada usaha dalam memperbaiki mutu lakonan.
Jelas Erra, ada kalanya dia terpaksa memberikan tunjuk ajar kepada para pelakon baru ketika menjalani proses pengambaran bagi memastikan mutu lakonan yang mantap.
“Sejujurnya kadang-kadang saya pun tak tahu pelakon baru yang digandingkan dengan saya itu Instafamous atau tidak. Mungkin saya tidak berapa tahu.
“Saya pernah berlakon mungkin dengan pelakon-pelakon baru yang kaku atau lebih mudah orang kata kayu. Pengalaman mungkin ada cuma kurang.
“Saya sedikit kecewa kerana mereka tiada usaha untuk memperbaiki diri. Bila anda beraksi dengan saya, tanggungjawab saya pula nak pastikan lakonan mereka okay sebab kita bergandingan.
“Kalau awak kayu saya pun nampak tak elok. Jadi satu kerja pula nak mengangkat mereka untuk menghidupkan sesebuah babak itu,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Era turut berpendapat setiap pihak harus memainkan peranan agar masalah seperti ini dapat dielakkan.
“Perkara ini nak salahkan satu pihak je tak boleh. Semua pihak kena main peranan. Kalau pengarah dah tahu pelakon itu kayu, dia kena tahu cara untuk mengatasi.
“Producer pula kena fikirkan betul-betul keputusan mereka dalam pemilihan pelakon.
“Memang betul kita kena bagi peluang dekat pelakon-pelakon baru. Boleh sahaja tapi janganlah mulakan mereka sebagai pelakon utama. Watak sampingan pun dah okay supaya dia ada pengalaman,” katanya lagi.
Pada masa sama, pelakon filem 7 Perhentian ini turut merasakan sikap ambil lewa pelakon baru itu sendiri ada kalanya membuatkan mereka tidak berganjak di takuk yang lama.
“Pelakon baru ni pula ada dua jenis sikap nak bertanya dan tak nak bertanya.
“Kadang-kadang saya rasa kesian sebab mereka dah rasa selesa. Mungkin mereka rasa begitu sebab mereka dipanggil bukan kerana rela hati.
“Kalau ada perangai macam tu saya rasa tak lama la dia dalam industri. Lebih baik kita yang dalam keluarga produksi ni tegur daripada orang luar atau netizen yang tegur,” jelasnya.
Foto: Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...