Menampilkan kelainan dan perincian yang lebih ditil, pengarah Ejen Ali The Movie, Usamah Zaid Yasin menjelaskan filem animasi popular ini telah memulakan pembikinan sejak awal 2018 dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan sebelum ditayangkan di pawagam.
Menyedari tahun ini filem animasi tempatan mendominasi carta industri perfileman negara, Ejen Ali disedari berada pada kelas tersendiri dan punya kelompok peminat tegar.
“Semua akan membandingkan dan kami tidak mampu mengelak. Namun filem animasi yang ditayangkan adalah berbeza.
“Ejen Ali punya peminat daripada segenap peringkat umur dan sudah pasti pasaran kami lebih meluas daripada kanak-kanak sehingga ke orang dewasa.
Ads
“Penceritaan yang friendly untuk kanak-kanak dan konflik penceritaan yang mudah difahami setiap peringkat umur,” jelasnya.
Usamah ketika ditemui media pada Sidang Media Ejen Ali The Movie di GSC Mid Valley, pada Rabu.
Ads
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation ini turut mendedahkan kos pembikinan filem ini berjumlah RM6.5 juta termasuk promosi.
“Untuk filem ini, lebih 90 pekerja animasi dengan lapan jabatan diwujudkan demi kualiti yang lebih baik. Untuk layar besar, kami harus perincikan segala-galanya demi standard yang lebih bermutu.
Ads
“Untuk target peribadi, saya sasarkan jumlah kutipan sebanyak RM20 juta,” katanya lagi.
Ejen Ali The Movie mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.
Filem ini bakal ditayangkan mulai 28 November depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas hampir dua minggu bertarung nyawa akibat jangkitan kuman pada usus, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keempat, Shazroul Fazlie dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 6.20 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur.
Memetik laporan Berita Harian, adik kepada Allahyarham Shazroul, Nurul Ikmal Zahari, 30, seperti yang dipetik berkata, selepas empat hari ditempatkan di di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL, Shazroul dipindahkan ke wad biasa.
“Sepanjang menerima rawatan di hospital, memang tiada perubahan ketara abang akan kembali pulih. Ketika itu, kami bertawakal dengan apa sahaja ketentuan Allah.
“Insya-Allah, kami sekeluarga akan menyempurnakan pengebumiannya, esok.
“Jenazah akan dimandikan di Masjid Bukit Antarabangsa dan disemadikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana,” katanya.
Penyanyi berusia 34 tahun ini jatuh sakit secara tiba-tiba pada 10 September lalu.
Malah, berat badannya juga turun secara mendadak daripada 61 kilogram kepada 45 kilogram.
Shazroul sebelum ini pernah memenangi tempat kedua dalam pertandingan nyanyian Asian Television Melody Festival di Vietnam pada tahun 2012.
Foto : Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas anggota kumpulan K-pop, Sulli atau nama sebenar, Choi Jinri, 25, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Seongnam, Gyeonggi, Korea Selatan.
Menerusi Korea Herald, pengurus selebriti ini menemukan mayat Sulli di tingkat dua kediamannya dan pihak polis mengesahkan berita tersebut.
Sebab kematian masih dalam siasatan.
Sulli merupakan anggota kumpulan f(x) dan meninggalkan kumpulan tersebut pada 2014 untuk meneruskan kerjaya lakonan. Drama terbaru lakonannya berjudul Hotel del Luna. Antara drama popular lakonannya ialah To The Beautiful You bersama Minho.
Awal tahun ini, wanita ini turut melancarkan single terbaru berjudul Goblin.
Foto : Malaymail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak, Abam Bocey akui bahawa berat badanya semakin meningkat dari hari ke hari.
Bagaimanapun, Abam atau nama sebnarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan akui ada sebab berat badannya kian naik.
“Berat saya naik sebanyak 20 kg. Saya pun terkejut dengan perubahan sedemikian.
“Untuk kembalikan bentuk badan yang seperti sebelum ini memerlukan sedikit masa, cumanya tunggu sehingga anak saya besar,” katanya kepada MH.
Menjadikan tarikh 14 Jun 2019 sebagai tarikh bersejarah baginya, Abam dan isteri, Siti Norhidayah Mohd Ali gembira kerana dikurniakan cahaya mata sulung, Syed Uthman Hamzah.
“Semenjak ada anak ini, kehidupan lebih teratur. Tiada lagi masa untuk melepak dari jam tiga hingga empat pagi. Ada juga melepak, tetapi tidak kerap seperti dulu.
“Apabila sampai rumah, automatik perasaan gembira itu wujud kerana mempunyai anak dan isteri di rumah. Tiba sahaja di rumah, pasti nak cium anak, walaupun anak tengah tidur,” kongsi Abam.
Kongsi Abam yang telah mendirikan rumah tangga bersama Hidayah pada 8 Disember 2017, isterinya merupakan tunjang utama dalam keluarga dalam menguruskan anak.
“Soal menguruskan anak adalah 100 peratus isteri yang lakukan. Misalnya cuci pakaian anak, beri makan, cuci najis anak dan sebagainya.
“Bukan saya tak boleh buat, cumanya sebagai ibu lebih baik kalau dia lakukan agar dapat mengeratkan hubungan antara anak dan si ibu, tambahan pula, anak masih kecil yang memerlukan aura dan sentuhan tangan ibu,” kongsi Abam.
Akui badan semakin berisi, Abam mempunyai sebab tersendiri.
“Selepas anak lahir, isteri memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak, jadi perhatian kepada si suami agak kurang. Bukan tidak beri fokus, tetapi kurang.
“Dia ada komitmen lain iaitu menguruskan anak.
“Lelaki ini, kalau nak buat sesuatu,misalnya nak diet untuk kurus, perlukan seorang wanita yang sentiasa beri sokongan.
“Hal ini kerana isteri mahu fokus 100 peratus kepada anak. Saya tidak kisah asalkan isteri beri sepenuh perhatian kepada anak kami.
“Biarlah dia fokus pada anak, sebab saya tak nak susahkan isteri saya untuk fokus pada dua orang sekaligus (Abm dan anak),” seloroh Abam.