“Telan Air Liur Jelah,”- Ramai Rakan Artis Makin Yakin & Slim Lepas ‘Potong Usus’, Nora Ariffin Teringin Tapi Suami Tak Izin

Share

Penyanyi senior, Datuk Nora Ariffin turut tumpang gembira selepas melihat perubahan positif rakan-rakan artis setelah melakukan pembedahan bariatrik atau lebih mesra dipanggil ‘potong usus’ dalam bahasa pasarnya.

Menurut Nora, rata-rata mereka yang menjalani prosedur ini dilihat semakin berkeyakinan dan memiliki bentuk tubuh yang ideal.

“Wah, bestnya tengok ramai rakan-rakan artis makin cantik dan ‘slim melim’ selepas buat pembedahan bariatrik,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan penyanyi lagi Di Persimpangan Dilema itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram stories.

Katanya lagi, dia juga sebenarnya mempunyai hasrat untuk berbuat demikian, namun tidak dibenarkan oleh suaminya.

Tambah Nora, sebagai seorang isteri, dia akan menghormati keputusan suaminya itu.

“Saya pun dah dapat orang yang nak sponsor tapi encik suami tak izinkan. Kena taat. So telah air liur jelah,” kongsinya lagi.

Terdahulu, antara selebriti yang berjaya menjalani pembedahan bariatrik ialah seperti Ziana Zain, Datin Alyah, Melly Goeslow dan Cat Farish.

Sekadar informasi, Nora telah mendirikan rumah tangga bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55, pada tahun lalu.

Sebelum ini, Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nora Ariffin

IKLAN