“Telah Selamat Sampai,” – Datuk Fazley Yaakob Tunai Umrah Bersama Keluarga, Imran Ajmain Turut Serta

Share

Penyanyi dan usahawan, Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi momen menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Kongsi bapa kepada empat cahaya mata ini, dia telah selamat tiba tanah suci Mekah bersama keluarga untuk menunaikan ibadah umrah.

“Day 1: #Jeddah 2am – Alhamdulillah, we have arrived safely. Telah #Ihram dan niat ketika pesawat melewati #Miqat. Bismillah!,

Malah, rakan penyanyi Imran Ajmain turut serta menunaikan ibadah umrah bersama keluarga Fazley.

“Bismillah… @azrene_ahmad @fariedzfazley @imranajmain,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan segala urusan Fazley dipermudahkan.

Imbas kembali, Fazley mendirikan rumah tangga bersama Azrene Soraya Abdul Aziz pada tahun 2006.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Ahmad Fariedz, 12, Ahmad Fieradz, 10, Ahmad Fierudz, 9 dan Alayna Salma,3.

Foto: Instagram Fazley Yaakob

IKLAN