Pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim memaklumkan kakaknya, Allahyarhamah Norhayati Abd Aziz telah kembali ke Rahmatullah selepas menghembuskan nafas yang terakhir, pada jam 9.43 pagi tadi.
Khabar duka itu telah dikongsikan oleh Rafidah menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman media sosial Instagram miliknya.
“Assalamualaikum dan dalam sejahtera. Makluman buat semua yg mengenali kakak/ Kak Ngah saya Norhayati binti Abd Aziz (kakak seibu) saya telah kembali ke rahmatullah pada jam 9.43 pagi tadi,” tulisnya.
Serentak dengan itu, pelakon berusia 35 tahun ini menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mengirimkan doa buat arwah kakaknya.
Ads
Di samping itu, Rafidah mewakili seluruh ahli keluarganya memohon ampun dan maaf atas semua salah dan silap sepanjang mengenali arwah kakaknya menerusi hantaran yang sama.
“Terima kasih buat semua yg berusaha dari segi medical dan doa yg tidak putus2 buat arwah.
Ads
“Saya mewakili seluruh keluarga arwah, memohon ampun dan maaf sepanjang kalian mengenali arwah.
“Semoga Allah s.w.t merahmati kalian semua di dunia dan di akhirat. #duniasementaraakhiratselamanya,” tulisnya lagi.
Dikesempatan ini juga, kami dari pihak MH mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Rafidah. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al-Fatihah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Rafidah Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini kejadian membabitkan pengacara Roslan Shah atau lebih mesra sapaan Cik Lan yang telah rebah secara mengejut sewaktu menjadi tetamu jemputan untuk rancangan Wanita Hari Ini yang bersiaran langsung di TV3, pada Isnin menjadi buah mulut ramai.
Rata-rata terkejut dengan insiden berkenaan ketika ia bersiaran secara langsung di kaca televisyen.
Sejurus detik cemas berlaku, bintang asal Singapura itu telah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Terbaru, pengacara berusia 41 tahun ini memaklumkan keadaan dirinya kini kian pulih dan bertambah baik.
Di samping memanjat rasa syukur atas sikap prihatin semua, Roslan memberitahu dia kini sedang berehat.
“Kepada peminat dan follower FB cik Lan di Singapura, Malaysia, Brunei dan Indonesia. Cik Lan sudah Balik ke Rumah dan rehatkan Diri. Terlalu ramai yang bertanyakan khabar kepada Cik Lan. Terima Kasih semuanya, ameen,” tulisnya.
Terlibat dalam bidang perbankan dan agensi insuran sebelum ini, Farah Syuhada Shamshul, 28, tidak menafikan penampilannya yang tampak yakin menyebabkan dia pernah dipelawa untuk terjun secara serius dalam dunia lakonan.
Malah, Farah yang sebelum ini pernah mencapai tahap ‘Million Ringgit Agency’ bagi dua tahun lalu akui, pelawaan yang diterimanya itu adalah kerana dia dikatakan memiliki ciri pelakon yang boleh diasah bakatnya.
“Jujurnya saya berminat tetapi belum pernah mencuba. Malah saya sendiri tidak mempunyai pendedahan terhadap industri seni juga. Namun saya tidak menafikan, sebelum ini ada kali klien menawarkan peluang untuk hadiri uji bakat lakonan beberapa kali.
“Cuma pada ketika itu, saya masih belum bersedia dan mungkin kerana komitmen padat pada ketika itu membuatkan percubaan itu tersekat. Pada masa sama, saya seorang ‘introvert’. Jadi tak pasti sejauh mana lakonan sesuai dengan saya atau sebaliknya.
“Sekarang saya fokus kepada industri ‘food and beverage’ (f&b) menerusi kafe Farine & Sucre. Jadi buat masa sekarang inilah cinta dan keutamaan saya. Siapa tahu bila tiba masa yang sesuai, saya yakin untuk terlibat dalam seni selepas ini, insya-Allah,” katanya.
Mengulas mengenai kafe yang diusahakan bersama adiknya, Farra Sofea Shamshul, 21, Farine & Sucre yang bertemakan hidangan Perancis ini menawarkan menu enak sambil menjanji keselesaan buat pengunjung.
“Visi kami adalah untuk berkongsi keterujaan para pelanggan melalui makanan berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik dalam keunikan suasana yang berbeza.
“Sementara misi kami pula, untuk memberikan pelanggan suatu lokasi yang dapat mencipta momen istimewa dengan menawarkan seleksi makanan bertemakan inspirasi Parisian, perkhidmatan dan suasana baharu kepada masyarakat,” katanya.
Terletak di Seksyen 7, Shah Alam, kafe unik ini juga terbuka untuk menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada graduan lepasan universiti dan mereka yang tiada pengalaman berkerja untuk sama-sama membina jenama ini bersama mereka.
“Farine & Sucre bermaksud tepung dan gula dalam bahasa Perancis. Ia sangat bersesuaian dengan tema kami, memandangkan kami terinspirasi dengan konsep cafe ala Perancis yang cukup terkenal dengan keenakan pelbagai hidangan pastri.
“Malah di sebalik nama tersebut, ia terselit nilai sentimental, kerana ia berkait rapat dengan huruf pertama pada nama kami berdua iaitu Farah Syuhada dan Farah Sofea,” tambahnya.
Berkongsi mengenai hidangan tanda kenal (signature dish), Farine & Sucre memperkenalkan aneka pencuci mulut (dessert) yang sebahagiannya di import khas dari Perancis.
“Kami terdorong menghidangkan makanan dengan kualiti terbaik, harga munasabah yang bersesuaian dengan permintaan. Malah, sebahagian daripada dessert yang kami sediakan di kafe diimport khas dari Perancis, seperti macarons, baguettes dan chocolate roll!
“Ini kerana sebahagian pencuci mulut iaitu macarons misalnya, perlu melalui proses pembuatan yang rumit dan kami mahu memastikan hidangan yang disediakan di sini hanya yang terbaik dan berkualiti tinggi,” katanya lagi.
Selain hidangan tanda kenal Macarons yang dibawa khas dari Perancis, Pavlova dan Peach strudels juga menjadi antara daya tarikan utama di kafe ini selain pelbagai pilihan pastri.
Malah, minuman istimewa juga tersedia termasuk minuman penyegar yang diolah berkonsepkan figura puteri-puteri Disney.
Bersempena ketibaan Ramadan, mereka tidak ketinggalan menyediakan dua set juadah berbuka puasa setiap hari iaitu Set Asian dan Set Western yang menawarkan harga bermula dari RM50 setiap set.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Masih belum dipertemukan jodoh serasi, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad memberitahu dia kini telah berserah semuanya kepada Allah SWT.
Hos rancangan Big Stage 2022 ini menambah, dia menyifatkan soal jodoh dan pertemuan ini merupakan ketentuan Yang Maha Esa.
“Ajal dan jodoh itu ketentuan Allah, jadi saya berserah sahaja sebenarnya. Saya tahu memang ramai yang tanya soalan ini. Tapi saya tak boleh jawab memang belum bertemu jodoh lagi. Jadi doa-doakan lah yang terbaik untuk saya,” katanya.
Pada masa sama, bintang berusia 37 tahun ini tetap bersyukur kerana seluruh ahli keluarga serta saudara-maranya sangat bersikap terbuka dan memahami.
“Kalau saya balik kampung Alhamdulillah mak cik, nenek dan sedara mara dekat sana bila jumpa saya tak pernah cakap atau tanya bila saya nak kahwin.
“Setiap kali jumpa saya terus angkat tangan doa ‘Ya Alllah tuhanku, pertemukan lah jodoh yang baik buat anakku Sherry’ dan saya rasa waktu itu setiap kali saya balik ke kampung sebak sangat.
“Sebab bayangkan mereka sendiri pun faham tentang ketentuan Allah mengenai jodoh dan pertemuan. Mereka pun tak pernah paksa.
“Alhamdulillah saya bersyukur dan berterima kasih sangat pada Allah kerana saya dipertemukan dengan orang-orang yang baik seperti ini,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Sherry percaya ketentuan ini adalah satu peluang buat dirinya untuk membalas jasa serta berbakti kepada seluruh ahli keluarganya.
“Saya pernah baca satu perkongsian ni, sekiranya kita masih belum dpertemukan jodoh dengan seseorang adalah waktu untuk kita berbakti kepada keluarga.
“Dan ini lah apa yang saya lakukan sekarang. Alhamdulillah, saya jaga mak saya, jaga keperluan adik-beradik dan anak-anak buah saya. Itu pun dah buat saya rasa sangat gembira dan bahagia,” luahnya lagi.
Sherry telah berkongsi pengalamannya itu menerusi program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan, baru-baru ini.
Ikuti pelbagai lagi kisah menarik yang dikongsikan oleh Sherry menerusi pautan video ini;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sherry Alhadad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.